UMNO gantung keahlian dua ketua Wanita bahagian

November 13, 2022 · Politik

Dua Ketua Wanita UMNO Bahagian di Perlis dan Pahang digantung kerana memberi sokongan kepada calon daripada parti lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan turut memaklumkan penggantungan sementara keseluruhan jawatan di peringkat cawangan dan bahagian UMNO bahagian Arau dan Maran.

Dalam kenyataan hari ini (13 November 2022) beliau berkata jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin, dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim, digantung sementara.

“Penggantungan itu adalah selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-duanya terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada PRU-15,” katanya.

Ahmad berkata butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat kepada Lembaga Disiplin dan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap ahli-ahli UMNO sepanjang tempoh berkempen PRU ke-15 ini.

“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin.

“UMNO ingin menegas, pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU ke-15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya.

Untuk rekod, kawasan Parlimen Arau ditandingi bekas Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala Parlimen Maran ditandingi Datuk Seri Ismail Mutallib. Kedua-duanya adalah penyandang kerusi berkenaan dan bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok