UMNO dapat kelulusan RoS tangguh pemilihan parti, kata Mat Maslan

July 30, 2022 · Politik

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan sedikit pindaan, berkuat kuasa hari ini (29 Julai), menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad atau Mat Maslan berkata beliau menerima pemakluman itu menerusi surat daripada RoS pada petang hari ini, lapor Bernama.

“RoS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak melebihi enam bulan selepas sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

“RoS juga meminta supaya satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal PRU, bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU15 diadakan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook serta Twitter beliau hari ini.

Ahmad bagi pihak UMNO merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat, dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO.

Pada Mei lepas, UMNO meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU, untuk memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya. Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei.

Pada 7 Julai lepas, RoS dilaporkan memaklumkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Dis 2022.

Berita berkaitan
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
5 jam lalu· Politik
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
15 jam lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022· Politik
Popular
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
15 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
August 9, 2022 · Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok