UMNO dan MIC sudah umum calon, hanya MCA belum memuktamadkan senarai calon

February 24, 2022 · Politik

Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini iaitu UMNO dan MIC semasa majlis hari ini, bagaimanapun MCA belum lagi memuktamadkan senarai barisan mereka lagi.

Bagi PRN Johor kali ini, UMNO kekal akan bertanding kerusi terbanyak dengan akan meletak 37 calon dan empat calon MIC, sementara baki calon lain akan diumumkan MCA selepas ini.

Majlis pengumuman calon hari ini dibuat oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dengan menjelaskan senarai hari ini masih tidak lengkap dan satu lagi majlis akan diadakan selepas ini.

“Senarai ini tidak lengkap kerana rakan komponen MCA perlu memuktamadkan lagi calon mereka untuk memastikan hasrat, matlamat kita PRN ini yang terbaik seperti kata Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

“MCA nak calon terbaik bertanding dan mereka akan teliti calon mereka yang mereka fikirkan layak,” katanya menurut laporan media hari ini.

Mengulas lanjut, Hasni, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata, tidak berlaku sebarang pertikaian dan pertelingkahan dalam perbincangan kerusi mana-mana komponen parti, termasuk MCA mahu pun Friends of BN.

“Sebenarnya apa yang terjadi adalah kesedaran terhadap PRN Johor ini lebih mendalam, dengan semua parti dan calon sedar ini bukannya pilihan raya biasa.

“Alhamdulillah, semua komponen mahu memastikan calon yang ditampilkan adalah yang terbaik.

“Senarai calon BN tidak lengkap pagi ini, yang membabitkan 15 kerusi kerana MCA perlu memuktamadkan lagi calon mereka untuk memastikan hasrat, matlamat kita pada PRN ini untuk menampilkan calon yang terbaik seperti kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya lagi.

Hasni berkata, MCA dijangka memuktamadkan senarai calonnya sebelum penamaan calon, Sabtu ini.

“Pada PRN Johor ini, UMNO akan bertanding 37 kerusi, MCA 15 dan MIC pula empat calon parti bertanding. Friends of BN tidak bertanding, namun kita akan terus bergerak atas satu pasukan.

“Sebanyak 37 kerusi yang ditandingi UMNO ini, saya amat yakin dan percaya adalah calon yang boleh membawa satu kekuatan kepada parti dan ia seperti diumumkan Presiden, sebagai satu gandingan muka baharu dan lama.

“Jumlah muka baharu menunjukkan parti terus melaksanakan peremajaan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
21 minit lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
2 jam lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
6 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
11 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
19 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
22 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022 · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
3 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok