UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal

May 14, 2023 · Politik

Walaupun pernah menyakiti hati ahli UMNO pada 2011, namun perkara itu sudah dilupakan apabila berada bersama dalam kerajaan campuran kini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata insiden pada 2011 yang menyaksikan Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd. Halim menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak di depan pejabat mereka sudah dilupakan dan kini tidak marah lagi.

“Walaupun Adam Adli pernah turunkan bendera kita, marahnya kita pada waktu itu. Masa itu, umpama Adam Adli ni kita nak sahaja disiat mukanya. Tetapi, inilah kehebatan yang direncanakan Allah.

“Bila kita bersama, hilang rasa marah bila jumpa Adam,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Akmal berkata semasa sesi Dialog Konvensyen Pemuda Perpaduan di WTC hari ini.

Pada 2011, Adam yang kini merupakan Ketua Pemuda PKR pernah mencipta kontroversi dengan menurunkan bendera memaparkan gambar Najib di ibu pejabat UMNO, sekali gus menyifatkan ia sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Bendera itu juga hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum beliau menaikkan semula bendera asal.

Mengulas lanjut, Akmal turut menjelaskan, perkara yang lama tidak perlu dikenangkan kembali kerana orang muda kini bukan hanya perlu memahami sejarah, tetapi perlu mencipta sejarah baharu.

“Apa yang berlaku, yang sudah lepas itu sudah-sudahlah. Orang muda di luar sana sudah jemu dengan permainan politik apa yang berlaku,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok