UMNO cadang rakyat guna wang KWSP, jangan potong gaji Ahli Parlimen

June 1, 2021 · Politik

Seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razlan Rafii mencadangkan supaya rakyat yang terjejas menggunakan simpanan mereka sendiri dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan tidak menyokong agar Ahli Parlimen memotong gaji untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

Razlan berkata kerajaan perlu melanjutkan program pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari 2.0 yang diperkenalkan sebelum ini kononnya untuk membantu rakyat dalam kategori M40 yang terjejas.

“Sewajarnya program i-Sinar dan i-Lestari 2.0 diadakan kerana bantuan yang disalurkan kepada kerajaan lebih bersasar kepada kelompok B40.

“Bahkan situasai Covid-19 hari ini mengakibatkan kumpulan M40 pun turut terkesan dengan teruk, banyak peniaga kecil juga telah gulung tikar,” katanya dipetik Malaysiakini.

Cadangan disuarakan oleh Razlan berbeza dengan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri untuk disalurkan dalam tabung Covid-19.

Untuk rekod, Ahli Parlimen UMNO dan blok pembangkang sehingga sekarang belum menyatakan kesediaan memotong gaji mereka sebaliknya mengkritik langkah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak memadai.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan juga dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tidak akan memotong gaji Ahli Parlimen mereka untuk disalur kepada rakyat yang terjejas.

Muhyiddin semalam mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang bermula hari ini.

Nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menang kes wang sita RM114 juta juga dilihat enggan mendermakan wang tersebut bagi membantu rakyat yang terjejas walaupun sudah digesa sebelum ini.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu· Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
12 jam lalu· Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
15 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
18 jam lalu · Politik
Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok