UMNO-BN Selangor dapat hanya lima kerusi bertanding dalam PRN?

May 9, 2023 · Politik

Spekulasi tercetus selepas beberapa akar umbi UMNO-Barisan Nasional (BN) menerima laporan kononnya hanya mendapat lima kerusi untuk mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Beberapa akar umbi mula kecoh antara satu sama lain selepas dikhabarkan pada PRN Selangor hanya lima kerusi akan diberikan kepada UMNO-BN dan baki kerusi yang lain akan ditanding parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Walaupun meminta sebanyak 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding, namun rundingan pembahagian kerusi membabitkan parti dalam kerajaan campuran hanya bersetuju untuk memberi lima kerusi sahaja, kata akar umbi itu kepada Agenda Daily.

Menurutnya laporan berhubung hanya lima kerusi DUN diberikan kepada UMN-BN sudah tular dalam kumpulan WhatsApp akar umbi dan berkemungkinan akan diarah untuk membantu jentera parti membantu parti dalam kerajaan campuran berkempen pada PRN nanti.

“Nampaknya akar umbi UMN-BN akan bekerja untuk membantu kempen parti gabungan dalam PH pada PRN nanti.

“Persoalannya, bagaimana calon UMNO-BN akan dapat menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya hanya lima kerusi akan diberikan kepada mereka untuk bertanding pada PRN nanti?” soal akar umbi tersebut.

Dalam pada itu, media sebelum ini melaporkan Parti Amanah mungkin terpaksa menyerahkan kerusi mereka kepada UMNO-BN untuk bertanding pada PRN Selangor nanti.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO-BN memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor manakala Pakatan Rakyat ketika itu memenangi 44 kerusi.

Pada PRU-14 pula, BN hanya memenangi empat kerusi dan PH pula meluaskan penguasaan mereka di Selangor dengan memenangi 51 kerusi.

Enam kerusi PH dimenangi oleh Bersatu – yang merupakan parti komponennya ketika itu – manakala PAS memenangi satu kerusi.

Sementara itu semasa PRU-15 lalu, UMNO-BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen yang ditandingi mereka di Selangor.

Untuk rekod, Selangor tidak mengadakan PRN secara serentak dengan PRU-15 lalu dan memilih untuk diadakan secara berasingan.

Pada 2 Mei lalu, UMNO mencadangkan agar parti itu diberikan 22 kerusi DUN pada PRN Selangor akan datang.

Ketua Pemuda Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata cadangan UMNO adalah untuk mengetengahkan sekurang-kurangnya seorang calon DUN di setiap 22 kerusi Parlimen di negeri itu.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
6 minit lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
28 minit lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
6 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
3 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
6 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
7 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
7 jam lalu · Politik
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok