UMNO, BN kini bukan ancaman kepada PN untuk menang PRU

November 16, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekarang ini bukan lagi ancaman kepada Perikatan Nasional untuk menang dan membentuk kerajaan Prihatin, Bersih dan Stabil, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini (19 November 2022).

Presiden Bersatu itu menjelaskan UMNO dan BN kini telah hancur, tatkala gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional dari Utara hingga Selatan tanah air, semakin membesar.

“UMNO kini bukan ancaman lagi… UMNO dan BN telah hancur akibat dirosakkan sendiri oleh Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan Pengerusi BN), selain telah membawa masalah kepada negara rakyat.

“Saya pernah berada dalam UMNO dan BN sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi. Saya tahu keadaan dulu dan sekarang. UMNO dan BN kini telah dikeronyok oleh Zahid,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata Pakatan Harapan (PH) juga menghadapi isu kepercayaan dalam kalangan rakyat, apabila tidak menepati janji dibuat selepas menang PRU-14 pada 2018 lalu.

‘Tugas saya belum selesai’

Muhyiddin juga berpendapat tindakan menjatuhkannya daripada jawatan Perdana Menteri tahun lalu tidak sepatutnya dilakukan, tatkala Kerajaan Perikatan Nasional berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Bagaimanapun, Muhyiddin tetap bersyukur kerana hasil usaha keras beliau bersama Jemaah Menteri Kerajaan Perikatan Nasional, Malaysia kini hampir bebas daripada pandemik Covid-19 apabila telah memasuki fasa endemik.

“Allah mengangkat saya ke satu harakah yang tinggi sebagai Perdana Menteri tatkala Covid-19 mula merebak di seluruh dunia. Dalam keadaan semua pakar di seluruh dunia masih tidak tahu apakah jenis penyakit yang melanda ketika itu.

“Kerajaan Perikatan Nasional terpaksa bergelut dengan wabak penyakit itu. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat setelah mengetahui wabak itu boleh membawa maut.

“Malangnya ketika itulah UMNO, terutama Kluster Mahkamah, dan BN dengan kerjasama PH, memusnahkan usaha mengurus negara dengan lebih baik. Tindakan itu menunjukkan mereka langsung tidak memikirkan soal nasib rakyat, sebaliknya mementingkan kuasa dan politik mereka sahaja,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau terpaksa meletak jawatan dalam keadaan tugasnya yang belum selesai.

“Tugas saya belum selesai dan saya akan selesaikan selepas Perikatan Nasional diberi mandat dalam PRU-15 Sabtu ini… untuk kembali duduk di kerusi Perdana Menteri.

“Nanti kalau saya cakap begini ada orang kata Muhyiddin berangan-angan… berangan-angan apa? Saya pernah menjadi Perdana Menteri… yang di sebelah sana itu yang berangan-angan… sampai sekarang pun tak jadi Perdana Menteri… PM tepi saja… cermin muka dulu,” katanya merujuk kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata kerajaan yang perlu dibentuk selepas 19 November ini mestilah Kerajaan Perikatan Nasional yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Terbaharu, Muhyiddin berpesan kepada anak muda untuk terus memberi sokongan kepada Perikatan Nasional jika mahu melihat beliau memimpin negara selepas PRU-15 ini.

“Tapi ingat, kalau nak tengok Abah kembali ke Putrajaya, pakat ramai-ramai undi Perikatan Nasional. Menangkan calon-calon Perikatan Nasional di kawasan anda.

“Pesan kat mak, ayah, abang, adik, kakak, jiran, kawan-kawan semua, kali ini undi Perikatan Nasional. Keluar dan undi awal-awal lagi. Ingat janji kita, 19 November undi Perikatan Nasional.

“Do what is right. Gemakan suara anak muda! Come on guys, lets go! PN BEST,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
14 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok