UMNO, BN bukan lagi parti dominan

March 28, 2021 · Politik

UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekarang ini bukan lagi sebuah parti dominan, sebaliknya memerlukan kerjasama ‘kawan’ dalam politik supaya menguntungkan mereka.

Disebabkan itulah, UMNO amat berharap PAS kekal dengan pendiriannya untuk terus bersama Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Bagaimanapun, PAS pula dilihat tetap mahukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut terbabit dalam kerjasama politik itu demi kepentingan ummah dan negara, sedangkan usul 124 daripada 190 bahagian UMNO ialah menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, hubungan UMNO-PAS yang terjalin menerusi MN ketika ini memberi impak positif seperti diterjemahkan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14 pada 2018.

Memetik laporan Bernama, Ahmad Marthada juga berpendapat gesaan kepemimpinan UMNO untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu tidak mencerminkan suara keseluruhan akar umbi parti yang menginjak usia 75 tahun itu.

Katanya, ketika ini terdapat beberapa bahagian yang tidak menjelaskan pendirian mereka terhadap keputusan itu.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 124 daripada 190 bahagian UMNO telah mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan ia dijangka dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, esok.

“Jika Perhimpunan Agung UMNO meluluskan untuk memutuskan kerjasama itu, UMNO perlu bersedia dengan sebarang implikasi dari pelbagai aspek, khususnya sokongan rakyat dan ahli parti yang mahukan keputusan sebaliknya,” katanya.

Bernama turut memetik penganalisis politik dari universiti sama, Mohd Shukri Shuib yang berkata, BN perlu diperkukuh terutama dalam aspek kepemimpinan sekiranya tidak mahu mengharapkan bantuan parti politik lain untuk mengemudi negara.

“Jika BN kukuh dan ada tokoh yang boleh diterima rakyat, maka institusi BN akan kembali mendapat sokongan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
8 jam lalu· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
10 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
11 jam lalu· Isu semasa
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
11 jam lalu· Politik
Popular
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
11 jam lalu · Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
14 jam lalu · Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
14 jam lalu · Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
16 jam lalu · Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok