UMNO berunding dengan Bersatu, PAS tawar nama calon PM baharu mereka

August 15, 2021 · Politik

Bimbang sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon Perdana Menteri (PM) baharu mereka, UMNO kini sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menerima calon PM daripada parti tersebut untuk menerajui tampuk kuasa di Putrajaya.

Agenda Daily difahamkan, rundingan tersebut diketuai pemimpin utama UMNO yang berada dalam kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kem Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, rundingan yang diketuai dua pemimpin dalam kem UMNO yang berbeza tersebut bagi memastikan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tidak kembali menerajui kerajaan pusat.

Antara yang menjadi pertimbangan kem 15 Ahli Parlimen (MP) yang bersama Zahid sekiranya terpaksa menyokong Anwar dan DAP ialah komposisi minoriti MP Melayu Islam yang berada dalam kerajaan baharu tersebut, ia memandangkan jumlah MP bukan Melayu yang berada dalam blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah seramai 58 orang.

Sekiranya 15 MP UMNO bergabung dengan blok pembangkang tersebut dicampur dengan 33 orang MP Melayu Islam dalam PH ia masih bukan majoriti kerana hanya sekadar memiliki 48 MP bumiputera.

Keadaan ini berisiko akan menjejaskan kestabilan kepada kerajaan baharu tersebut yang mungkin tidak diterima oleh rakyat yang majoritinya beragama Islam berbangsa Melayu dan berkemungkinan besar juga akan ditolak Yang di-Pertuan Agong.

Rundingan tersebut ada mencadangkan nama calon PM dari UMNO, namun sekiranya mengikut hierarki parti nama Zahid yang sepatutnya ditabalkan sebagai PM baharu tetapi ia mungkin mengundang kritikan kerana terpalit dengan kes mahkamahnya.

Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak difahamkan turut antara yang dicadangkan sebagai calon PM baharu, ia memandangkan kononnya populariti dan penerimaan rakyat dalam media sosial yang seakan menyokong beliau.

Selain itu, nama Ismail Sabri dan Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga dikatakan ditawarkan sebagai pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya berlaku peletakan jawatan esok.

Sementara itu, sedang berlegar dalam media sosial dan kumpulan WhatsApp politik ketika ini berhubung satu sidang media yang akan diadakan UMNO untuk mengumumkan calon PM dan TPM pada hari ini.

Senario politik ketika ini memaksa beberapa parti politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencari jalan alternatif lain sekiranya ia tumbang, bagaimanapun UMNO melihat ini adalah peluang terbaik untuk mereka kembali berkuasa di Putrajaya dan menjadi dominan.

Sumber dalam Bersatu memberitahu beberapa pimpinan UMNO sudah memaklumkan tawaran calon PM dan TPM mereka, ia bagaimanapun masih dalam perbincangan dan tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan setakat ini untuk sama ada menerima tawaran tersebut.

PAS juga masih belum membuat keputusan muktamad dan sedang menimbang tawaran UMNO tersebut.

Sekiranya tawaran UMNO ini menjadi kenyataan ia akan mengembalikan pemerintahan parti utama orang tersebut selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Jumaat lalu, Muhyiddin menyenaraikan tujuh perkara dalam cadangannya kepada parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan yang menurut beliau boleh mencetuskan risiko kekosongan kuasa ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Antara lain, beliau berjanji untuk menyalurkan peruntukan dana yang sama rata kepada semua ahli Parlimen, menggubal undang-undang anti lompat parti, menghadkan penggal jawatan perdana menteri, dan memastikan perwakilan Ahli Parlimen yang seimbang sama ada daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.

Muhyiddin juga turut berjanji untuk melaksanakan Undi 18 bagi membolehkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, blok pembangkang menolak mentah-mentah cadangan tersebut.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok