UMNO bertukar jadi parti ‘air mata’, tak pedulikan rakyat, kata Rafizi

October 24, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir UMNO yang sejak beberapa bulan kebelakangan telah menjadi sebuah parti ‘air mata’ yang hanya memperjuangkan individu tertentu, bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat.

Mengibaratkan tingkah laku UMNO seperti sebuah drama Melayu yang disiarkan stesen televisyen, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan berkata tatkala rakyat sibuk mengatasi masalah yang dihadapi, UMNO memikirkan individu tertentu, termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Enam tujuh bulan kebelakangan ini UMNO dah jadi parti tele drama menangis Melayu kalaulah kita boleh tengok TV… tiap-tiap hari bila buka sahaja nampak Rosmah menangis… buka nampak Najib… buka anak Najib… buka Zahid menangis.

“Satu isu dia UMNO dan Barisan Nasional (BN)… orang duk sibuk pasal harga barang naik, budak tak ada kerja, pasal banjir, pasal gaji… tapi UMNO fikir pasal apa? Rosmah rindu kepada Najib.

“(UMNO) panggil satu Malaysia… perjumpaan tergempar… 5,000 orang (hadir)… merah satu dewan. Kot la kita ingat dia nak cerita pasal gaji macam mana… ekonomi macam mana… harga barang macam mana.

“Satu saja dia (UMNO) cakap… kita rindu kepada Najib… kesian kepada Najib, dia tak dapat kopi yang dia suka. Sebab itu saya kata masuk pilihan raya ini, kita kena fikir betul-betul parti pilihan kita itu yang kita suka terpulang (untuk menubuhkan kerajaan),” katanya pada Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Kuala Pilah, malam tadi (Ahad, 23 Oktober 2022).

Rafizi yang juga bekas ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak kisah kerajaan mana yang akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, tetapi mengingatkan pemimpin yang menjadi menteri perlu menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya masalah yang dihadapi rakyat sekarang ini adalah berpunca daripada pentadbiran UMNO dan BN sebelum 2018, yang meninggalkan beban hutang kepada negara sehingga yang menanggungnya ialah rakyat.

“Selama 60 tahun UMNO dan BN memerintah dan hasil daripada kekuasaan dia (UMNO)… munculah masalah sekarang… jika dia (UMNO) tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah, maka tidak timbullah masalah sekarang,” tambahnya lagi.

Rafizi berkata sebaliknya, sekarang ini UMNO dan BN memainkan isu sentimen perkauman untuk meraih undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang didakwa akan menjadi boneka kepada kaum Cina.

“Saya nak kata bodoh kan… bodoh punya UMNO, BN… saya ni Melayu… bila UMNO/BN kata begitu kalau undi PH… Cina dengan India berkuasa Melayu yang ada ni boneka… (maknanya) dia hina orang Melayu sendiri.

“Masuk pilihan raya ni UMNO/BN… dia tak dak modal dah dia nak cakap pasal gaji, masalah rakyat dia tak boleh sebab dia tahu kerosakan itu datangnya daripada dia juga.

“Kalau pun yang muda-muda yang nak jadi menteri daripada UMNO/BN ni dia pun tak cerdik mana. Tak tahu macam mana nak buat.

“Jadi satu-satunya yang dia akan mainkan ialah dia mainkan sentimen perkauman untuk orang Melayu… dengan buat cerita yang tak betul,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok