UMNO bersatu dengan DAP di Perak, tapi Tok Mat kata BN tak memihak?

November 21, 2022 · Politik

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, malam ini (21 November 2022) mencetuskan satu persoalan pelik apabila mengatakan BN bersedia menjadi pembangkang.

Kenyataan itu seolah-olah ingin menunjukkan BN dan UMNO tidak memihak kepada sama ada Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan pusat.

Bagaimanapun, untuk rekod, BN dan UMNO Perak telah menjalin hubungan kerjasama dengan PH – gabungan yang turut dianggotai DAP – bagi menubuhkan kerajaan negeri setelah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Saarani Mohamad tertarik dengan jawatan menteri besar yang ditawarkan kepadanya.

Dalam kenyataan di Facebooknya malam ini, Mohamad atau Tok Mat juga menyerahkan kepada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya BN bersedia menghulur tangan membantu kedua-dua parti itu jika masih gagal membentuk kerajaan.

Menurut Tok Mat, BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN dan parti itu tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru.

“Walaubagaimanapun, jika bantuan kami diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

“Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua,” katanya.

Kenyataan Tok Mat itu juga dilihat seolah-olah Ahli Parlimen BN sekarang ini bebas untuk memberi sokongan secara individu kepada mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional atau PH.

Terdahulu, seorang penganalisis politik dan pengamal undang-undang Datuk Shamsuddin Nawawi berkata keahlian Ahli Parlimen yang menyokong mana-mana pihak tidak akan gugur, walaupun dipecat.

“Biarpun ahli itu berdepan tindakan pemecatan, statusnya sebagai Ahli Parlimen (MP) tidak gugur.

“Selaras dengan undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, apa yang saya faham jelas menyatakan walaupun dipecat oleh partinya atau parti dibubar, keahlian sebagai wakil rakyat tidak gugur,” kata Shamsuddin.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Zahid Hamidi, berkata mana-mana MP BN yang menandatangani sebarang dokumen, terutama surat akuan bersumpah (SD), untuk menamakan sesiapa saja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah dan tindakan itu melanggar perlembagaan parti.

Bagaimanapun, Shamsuddin memberi contoh tindakan MP Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan tidak akan menyokong kerjasama antara UMNO dan PH, termasuk DAP.

“Pada saya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sudah menyatakan dia akan menyokong apa yang disarankan parti dan sanggup dipecat. Jadi, dia tahu walaupun dipecat kelak, keahliannya sebagai calon menang kerusi Parlimen tidak gugur,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
43 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok