UMNO, Bersatu bekerjasama hadapi Warisan dan PH di Sabah

October 5, 2022 · Politik

UMNO dan Bersatu Sabah bersetuju bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi berdepan Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

Kerjasama itu terjalin melalui gabungan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan MIC, dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), PAS, Sabah STAR, Sabah Progressive Party (SAPP) dan Usno.

Pemimpin daripada kedua-dua gabungan berkenaan kini sedang mengemas kini butiran akhir formula pembahagian bagi 25 kerusi Parlimen di Sabah.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Setiausaha GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata mereka telah bersetuju untuk bekerjasama untuk PRU-15.

Masidi berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama bagi PRU-15 dan sedang memuktamadkan urusan pembahagian kerusi bagi memastikan kemenangan kepada calon masing-masing.

“Kami bekerjasama. Kami akan membuat pengumuman mengenai pembahagian kerusi apabila tiba masanya,” kata Bung Moktar menurut The Star.

Keputusan kerjasama itu menamatkan kemungkinan pertembungan antara dua gabungan yang terdiri daripada kerajaan negeri yang memerintah.

Cakap-cakap mengenai kedua-dua gabungan itu berhadapan antara satu sama lain pada PRU-15 semakin hangat memandangkan pertembungan UMNO dan Bersatu pada peringkat nasional.

Pakatan antara BN dan GRS dijangka mengukuhkan dua gabungan yang akan menghadapi pembangkang yang retak – Parti Warisan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan PH Sabah.

Warisan telah memutuskan hubungan dengan PH dan telah menyatakan bahawa mereka akan bergerak secara solo pada PRU-15, sekali gus menghalang sebarang langkah untuk menyelesaikan perselisihan mereka.

Pada PRU-14, Warisan dan PH memenangi 14 kerusi manakala parti BN Sabah memenangi 10 kerusi dan (ketika itu pembangkang) Sabah STAR memenangi satu.

Pada masa ini, Warisan menguasai tujuh kerusi Parlimen, BN (tiga), GRS (lapan), PH (lima), Parti Bangsa Malaysia (satu) manakala kerusi Batu Sapi kekal kosong berikutan kematian Datuk VK Liew daripada Warisan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
16 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok