UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid

March 26, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan menghulurkan persahabatan dengan DAP bagi mengadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang nanti.

Kerjasama UMNO dengan DAP untuk menghadapi PRN Pulau Pinang adalah penting, kata Zahid yang berharap kerjasama dengan rakan parti dalam kerajaan campuran akan diteruskan diperingkat negeri nanti.

“Keserasian tidak boleh wujud kerana arahan tetapi atas keselesaan dan ia wujud daripada semangat kekitaan.

“Biarpun Kerajaan Perpaduan belum wujud pada peringkat negeri, namun pada PRN kelak UMNO menawarkan huluran persahabatan dengan kerajaan Pulau Pinang.

“Saya berharap jalinan ini diteruskan untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid terdahulu menghadiri program Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Jamek Al-Islah Pokok Tampang, Tasek Gelugor hari ini.

Jelasnya lagi, rundingan gerak kerja dalam kalangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan harus memfokuskan faktor kebolehmenangan kerusi bakal ditandingi.

“Itu (PRN) wajib menang dan yang penting perundingan mesti berasaskan kepada kebolehmenangan, bukan bertanding untuk mendapatkan jumlah tertentu sahaja.

“Paling penting juga adalah jalinan keserasian yang baik dalam kalangan pemimpin parti sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Ditanya sama ada pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan sudah mencapai keserasian ketika ini. beliau menjawab ringkas: “Baru nak serasi.”

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
8 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok