UMNO akan bermesyuarat, Zahid beri amaran tahu siapa kawan siapa lawan

August 24, 2022 · Politik

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mensabitkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, UMNO bakal mengadakan satu mesyuarat biro politiknya dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah seterusnya.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan mesyuarat tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat dan memberi amaran tegas kepada lawannya, ia selepas Najib dihantar ke penjara semalam.

“Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat. Tiada pengkhianatan sesama kita! Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar!

“Bak kata ungkapan (Sasterawam Negara, Datuk Dr) Usman Awang, di belakang duri di depan api, kita tak bisa undur lagi. Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi. Kebulatan ikrar tak akan berubah.

“Maka ayuh kita bangkit mengharungi onak dan duri, api perjuangan kita terus semarakkan. Marilah kita bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Datuk Seri Najib terus menyala-nyala,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Zahid juga menyifatkan keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan terhadap bekas Perdana Menteri semalam satu episod duka buat UMNO.

Beliau bagaimanapun menegaskan, semangat Najib tidak akan pudar dan perjuangan UMNO tetap segar.

“Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi turut berasa sangat hiba, ada yang sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur. Namun ini tidak bermakna kami berputus asa.

“Semoga Datuk Seri Najib diberikan ketabahan dan kekuatan dalaman dalam menghadapi dugaan ini. Sebagai pejuang tulen tidak mudah beliau patah semangat dan berjuang terus berjuang.

“Kami percaya ada malam yang gelap pasti akan ada siang yang cerah. Masa akan menentukan segalanya. Buat Datuk Seri Najib Razak dan ahli UMNO sekalian ingatlah ayat 40 surah al-Taubah, Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,” katanya lagi.

Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
25 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
6 jam lalu· Politik
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
11 jam lalu· Politik
UMNO akan ‘bungkus’ pada PRN: Khairy
June 5, 2023· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
4 jam lalu · Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
6 jam lalu · Politik
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok