
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa serangan terhadap pemikiran menyebabkan ramai orang Islam yang menjadi jahil terhadap agama sendiri, khususnya berkaitan politik.
Menurutnya musuh politik menggunakan pelbagai pendekatan, termasuk media untuk melemah dan menghina Islam.
“Malangnya kita menghadapi orang Islam yang jahil agama, tak tahu agama dia sendiri. PRU14 pilih orang bukan-Islam jadi wakil rakyat, pilih orang Liberal menjadi wakil rakyat. Berlaku kerajaan yang kacau bilau, kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang lebih teruk daripada UMNO.
“UMNO ada masalah, tapi PH lebih mencabar Islam, mencabar Perlembagaan, mencabar Raja-raja. Gejala-gejala menghina Islam. Ini kerana kejahilan orang Islam. Kita mesti bersabar menghadapi kejahilan orang Islam,” katanya menurut Harakah.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Amanat Khas Presiden dan Taklimat Kerajaan Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah, malam tadi malam tadi.
Ahli Parlimen Marang itu berkata serangan pemikiran menyebabkan ramai orang Islam jahil agama sendiri khususnya berkaitan politik di mana musuh juga aktif menggunakan media dan jentera untuk melemah dan menghina Islam.
Namun Abdul Hadi mengingatkan pejuang Islam supaya bersabar walaupun sakit hati terhadap perbuatan menghina agama.
“Untuk menzahirkan Islam ini mengatasi segala yang lain, tanggungjawab kita memenangkan Islam, mendaulatkan Islam. Allah Taala janji nak bagi kemenangan. Mesti sabar menghadapi kejahatan lawan kita. Kita mesti bijak.
“(Adakan) ribat. Ribat ni termasuklah tunggu sembahyang jemaah, untuk beribadat, tunggu majlis ilmu, menyediakan kekuatan. Ribat, tunggu pangkalan, dalam perjuangan Islam di sempadan, keselamatan, perbekalan, muslimin, muslimat, ada tugas-tugas dia dalam perjuangan, ini ribat.
“Bertugas tubuh cawangan, bertugas kuatkan pentadbiran, bertugas, macam-macam tugas. Termasuk keselamatan. Ini ribat,” katanya sambil menyenaraikan beberapa hadis berkaitan,” katanya.