UMNO ‘abang besar’ tapi boleh diketepikan

Parti tertua mewakili masyarakat India di Malaysia – MIC – menyifatkan UMNO sebagai ábang besar’ yang boleh diketepikan demi memastikan keselamatan, kemakmuran dan kebajikan rakyat, terjaga.

Pada masa sama, parti itu akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga satu keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

“MIC menghormati keputusan diambil UMNO kerana mereka ialah ‘abang besar’ dalam gabungan ini.

“Kita faham rasional di sebalik keputusan UMNO itu, tetapi yang perlu difikirkan sekarang ialah soal keselamatan, kemakmuran dan hal ehwal kebajikan rakyat,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 minggu lalu memutuskan Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

PAU juga memutuskan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

Memetik laporan BHonline, beliau juga menyatakan kesediaan MIC untuk bekerjasama dengan PAS asalkan pergeseran yang berlaku di Kedah tidak berulang.

“Kita semua tahu jika kita menyentuh soal agama, ia bakal mengundang sensitiviti yang amat teruk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, pada perhimpunan agung MIC, beliau berkata, MIC pada masa sekarang akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan berkerjasama dengan parti Bersatu hingga suatu perkembangan baru dalam keputusan majlis tertinggi BN.

POPULAR