Ulang tahun setahun Ismail Sabri jadi PM, tapi UMNO masih belum puas

August 21, 2022 · Politik

Hari ini genap setahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri (PM) dengan tema dibawa pentadbirannya “Keluarga Malaysia”.

Walaupun sudah menjadi PM setahun, namun UMNO masih tidak berpuas hati dengan Ismail Sabri kerana parti tersebut masih bukan dominan dalam kerajaan seperti sebelum ini memerintah negara dimana boleh mentadbir sesuka hati.

Untuk rekod, kerajaan sedia ada ketika ini terdiri daripada beberapa gabungan parti politik lain seperti PAS, Bersatu dan GPS yang bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri yang dipilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penggantinya.

Tanpa kuasa dominan, sukar untuk UMNO menentukan dan memerintah mengikut sesuka hati mereka seperti yang kebiasaan dilakukan sebelum ini.

Setiap keputusan kerajaan perlu diputuskan secara kolektif dengan melibatkan parti-parti yang berada dalam kerajaan.

Pemilihan Ismail Sabri sebagai PM dibuat semasa negara sedang berdepan krisis politik dan kesihatan yang belum reda pada tahun lepas, bagaimanapun Muhyiddin mengambil pendekatan berjiwa besar bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Sepanjang setahun pemerintahan Ismail Sabri, UMNO tidak pernah berhenti memberi tekanan dan desakan untuk diadakan segera pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Ismail Sabri bukan sahaja terpaksa menguruskan negara dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan geo-politik dunia sedang bergolak ketika ini tetapi juga terpaksa menguruskan hal ehwal dalaman politik partinya sendiri.

Berbeza dengan situasi sebelum ini, Ismail Sabri menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan dan bukannya daripada parti blok pembangkang.

Tekanan dan desakan semakin kuat kebelakangan ini ketika kes perbicaraan akhir bekas PM, Datuk Seri Najib Razak sedang berjalan.

Institusi kehakiman menjadi sasaran dan belasahan pemimpin utama UMNO yang secara terbuka mengkritik keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan.

Mungkin Ismail Sabri boleh juga mengambil pendirian dalam menegur pemimpin UMNO supaya ada sedikit rasa hormat kepada sistem perundangan negara kerana jawatannya sebagai PM memerlukan seseorang yang berani bersuara dalam mempertahankan para hakim yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka.

Pujian perlu diberikan kepada Ismail Sabri yang dilihat berani dan tidak mudah tunduk kepada kumpulan dalam UMNO yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah.

Tiada campur tangan eksekutif jelas memperlihatkan kesungguhan politik kerajaan sedia ada yang tidak akan berkompromi dengan usaha untuk memanipulasi badan kehakiman negara demi kepentingan politik individu tertentu.

Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih daripada salah laku rasuah dan menumpukan kepada usaha untuk memulihkan imej negara yang sudah tercalar akibat skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara.

Agenda Daily tidak diberikan peluang dan ruang seperti media arus perdana lain yang dapat mewawancara Ismail Sabri berhubung hala tuju pentadbiran dan kerajaan diterajuinya.

Bagaimanapun kami tidak berkecil hati seperti Ismail Sabri yang terasa hati dengan analisis yang dihasilkan sebelum ini sehingga menyaman atas perkara yang remeh.

Bagaimanapun, kami akan masih memberikan liputan secara adil dan tidak berat sebelah terhadap kerajaan dipimpin Ismail Sabri dengan masih membuat liputan berhubung dasar dan polisi yang dibawa pentadbirannya.

Mungkin sikap ahli politik di Malaysia yang terlalu mendongak tinggi dan merasakan hanya diri mereka sahaja yang betul, ahli politik mahu disanjung oleh penulis yang menulis perkara baik tentang mereka.

Kepada Ismail Sabri, selamat ulang tahun setahun menjadi PM Kesembilan dan teruskan perjuangan.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu· Isu semasa
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
13 jam lalu· Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
13 jam lalu· Politik
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
17 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
17 jam lalu · Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
18 jam lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
20 jam lalu · Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
7 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok