Ulamak puji PM tak campuri badan kehakiman walaupun diasak UMNO

September 2, 2022 · Politik

Dewan Ulamak PAS Pusat memuji pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak campur tangan dalam urusan institusi kehakiman negara walaupun mendapat desakan pihak tertentu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Senator Ahmad Yahaya berkata pendirian itu, terutama apabila melibatkan kes berprofil tinggi wajar mendapat pujian.

Menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-61 di Alor Setar hari ini, beliau berkata konsep pengasingan kuasa antara eksekutif, judikatif dan legislatif hendaklah terus dipertahan bagi memastikan sistem keadilan di negara ini terus dijunjung.

“Dewan Ulamak mengharapkan agar kes-kes berprofil tinggi melibatkan ahli-ahli politik dan wakil rakyat dapat diadili di mahkamah dengan penuh kebebasan.

“Baru-baru ini seorang bekas pemimpin negara telah disabitkan kesalahan tuduhan pecah amanah, menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International Shn Bhd (SRC).

“Pendirian kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak campur tangan dalam urusan institusi kehakiman negara terutama kes berprofil tinggi wajar mendapat pujian tinggi,” katanya merujuk kepada kes melibatkan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad berkata Dewan Ulamak PAS Pusat berpendirian semua pihak perlu akur dan menerima keputusan penghakiman tersebut serta menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Perdana Menteri itu, setelah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

Najib kemudian dihantar menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Sebelum dan selepas mahkamah tertinggi negara membuat keputusan, UMNO mengasak Perdana Menteri supaya campur tangan dalam institusi kehakiman, selain mendesak beliau memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong walaupun baharu sehari Najib berada di dalam penjara.

Kemuncak desakan supaya Ismail Sabri campur tangan dalam institusi kehakiman tercetus pada Taklimat Khas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 27 Ogos, apabila beberapa individu memberi ucapan berapi-api menyerang badan kehakiman.

Penasihat Khas Perdana Menteri (undang-undang dan hak asasi manusia) Datuk Seri Azalina Othman Said, sendiri dalam ucapan pada taklimat itu mengkritik Ismail Sabri berhubung pelantikan peguam negara, dan mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 pemimpin UMNO yang hadir.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
11 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu· Isu semasa
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
13 jam lalu· Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
13 jam lalu · Politik
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
17 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
18 jam lalu · Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
18 jam lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
7 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok