Ulama PAS tuntut SPR tolak calon pilihan raya ada kes di mahkamah

August 26, 2022 · Politik

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak calon mana-mana parti politik yang sedang berdepan tuduhan jenayah, termasuk rasuah di mahkamah, daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sehubungan itu, DUPP juga akan mencadangkan kepada SPR supaya melakukan tapisan menyeluruh calon yang akan bertanding bagi memastikan negara bakal mendapat wakil rakyat yang bersih, berwibawa dan berintegriti.

Ketua DUPP Senator Datuk Ahmad Yahaya berkata dewan ulamak akan mengemukakan usul kepada SPR untuk membuat tapisan terhadap bakal calon PRU pada Muktamar PAS Kali Ke-68, September ini.

“Walaupun usul masih belum diputuskan, namun calon PRU bersih antara yang dihasrat untuk dikemukakan nanti. Kita hendak mengangkat satu usul untuk memastikan calon pilihan raya berwibawa dan berintegriti.

“Sebarang calon yang sedang berdepan tuduhan rasuah serta bersalah tidak layak untuk menjadi calon (bertanding PRU).

“Termasuk orang yang mempertikai Perlembagaan, mengeluarkan ucapan yang mencetuskan permusuhan, kaum dan agama,” katanya memetik laporan Harakah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menggesa parti politik untuk tidak meletakkan calon yang mempunyai kes rasuah pada PRU.

Langkah itu adalah penting untuk parti politik bukan sahaja memilih calon yang benar-benar bebas daripada sebarang sabitan atau kes rasuah, malah pada masa sama menghantar isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka tidak berkompromi dengan rasuah.

Kajian sikap yang dijalankan juga menunjukkan salah satu ciri utama pemilihan dalam kalangan pengundi adalah calon yang tidak terbabit atau terpalit dengan rasuah.

Malah, kajian mendapati pengundi mengharap agar calon yang akan bertanding mestilah mempunyai integriti tinggi, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Jelas, pengundi dan rakyat mahukan pemimpin yang bebas dan bersih rasuah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata cadangan itu dibuat demi untuk melihat pemimpin Malaysia selepas PRU-15 adalah pemimpin yang bersih serta berintegriti dan sentiasa memikirkan kebajikan rakyat.

Beliau turut kecewa kerana negara menghabiskan banyak masa dan wang kepada perkara yang tidak diperlukan, malah media juga sibuk dengan kes mahkamah melibatkan pimpinan negara.

Manakala katanya, rakyat pula setiap hari disajikan dengan berita pemimpin korup.

“Kita tidak mahu pimpinan kita sebegitu, kita mahu pemimpin menghabiskan masa mensejahterakan dan menjaga kepentingan rakyat. Kita tidak mahu pemimpin yang rakyat pula terpaksa fikirkan dia, sepatutnya pemimpin yang fikirkan rakyat, ini rakyat yang fikirkan dia,” katanya.

Ahmad berkata seruan supaya calon PRU terdiri daripada individu bebas kes rasuah juga akan dibuat kepada parti-parti politik tidak kira yang lama atau baharu, masing-masing perlu menampilkan calon terbaik.

Hasilnya Malaysia berpotensi untuk membina satu suasana supaya rakyat memilih pemimpin yang terbaik ketika pilihan raya, katanya.

Berita berkaitan
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
October 1, 2022· Politik
Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li
September 30, 2022· Politik
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri mungkin ditekan kluster mahkamah adakah PRU-15 tahun ini
60 minit lalu · Politik
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
1 jam lalu · Politik
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
2 jam lalu · Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
2 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok