Ulama gesa henti cubaan guling kerajaan, taat nasihat Raja

August 12, 2021 · Politik

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengingatkan pemimpin politik yang cuba menggulingkan kerajaan supaya berhenti berbuat demikian dan mentaati serta menghormati titah nasihat disampaikan Raja-Raja Melayu demi kestabilan pentadbiran negara.

Yang di-Pertuanya Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata rakyat sudah bosan dengan gelagat pemimpin politik yang saban hari memikirkan untuk melakukan tindakan bagi mendapatkan kuasa dengan pelbagai cara, termasuk ada yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seumpamanya.

Katanya PUM merujuk kepada beberapa laporan media mengenai titah nasihat beberapa Sultan Negeri-Negeri yang memberikan pandangan terhadap keadaan semasa politik di tanah air.

Antaranya adalah Sultan Johor yang menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap pemimpin parti politik yang sentiasa memberikan tekanan untuk merebut kuasa dengan cara yang sedikit sebanyak mengganggu pentadbiran kerajaan, katanya.

Beliau berkata Pemangku Raja Pahang juga turut menzahirkan perkara yang hampir sama di mana sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Perlu diingatkan agar setiap tindakan yang dilakukan mestilah selaras dengan undang-undang yang ada. Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Perdana Menteri telah secara terbuka menyatakan akan melakukan undi percaya di Parlimen pada bulan September nanti.

“Jadi kenapa perlu untuk mendesak sedangkan komitmen telah dinyatakan dengan jelas? Hormatilah ruang yang diberikan di mana Perdana Menteri yang begitu terbuka menyatakan untuk mendapatkan keabsahan sokongan terhadapnya ditentukan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al-Syeikh Abdul Halim berkata pemimpin parti-parti politik ini sepatutnya memikirkan kemaslahatan rakyat yang sekarang ini perlu diberikan perhatian terutama apabila berlakunya kes-kes kematian disebabkan Covid-19 yang tidak mengenal usia termasuk golongan muda.

Tambahan pula katanya, beberapa pakej untuk memulihkan keadaan ekonomi telah diperkenalkan yang memerlukan komitmen semua bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini penting untuk menjamin kesejahteraan negara dan juga rakyat secara keseluruhannya. Adalah lebih afdal dalam masa ini untuk para pemimpin parti-parti politik menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin sebagai salah satu daripada langkah untuk keluar daripada wabak yang sedang dihadapi di dunia ketika ini.

“Hentikan pergeseran merebut kuasa. PUM mengesyorkan agar parti-parti politik dalam kerajaan PN dan parti-parti pembangkang untuk kembali ke meja rundingan bagi sama-sama membantu membangun negara. Bukannya terus bersengketa merebut kuasa, kerana perbalahan itu boleh meruntuhkan negara,” katanya.

Sebelum ini kemelut politik negara kembali panas susulan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kemnya di dalam UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

Tindakan Zahid bersama rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan padu daripada blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Zahid kini berdepan 87 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam, membabitkan puluhan juta ringgit.

Sementara Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes SRC International dan kini menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada masa sama Najib turut berdepan beberapa lagi pertuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok