Ugut ‘pecat’ cerminan menteri PN lebih prihatin rakyat: Dr Afif

October 19, 2022 · Politik

Tindakan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan provokasi berbaur ugutan terhadap 12 menteri Kabinet hanyalah cerminan pendirian beliau yang lebih mementingkan ‘keluarga perasuah’ berbanding kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam Dr Afif Bahardin berkata usaha murni 12 menteri Perikatan Nasional (PN) itu sepatutnya dipuji kerana berani berkata benar di hadapan pemerintah.

“Tindakan Ismail Sabri membubarkan Parlimen, terbukti hanyalah untuk menyelamatkan (Presiden UMNO Datuk Seri) Zahid Hamidi, dan kluster mahkamah daripada terus menerima hukuman, akibat kerakusan salah laku rasuah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Rabu.

Kelmarin, Ismail Sabri ketika mengulas lanjut isu surat 12 menteri PN kepada Yang di-Pertuan Agong berkata sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai kuasa untuk memecat semua menteri berkenaan.

“Patutnya saya pecat semua sekali tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan ‘lembut’,” katanya pada Majlis Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Perak di Kompleks Umno Bagan Datuk.

Pada 3 Oktober lalu, 12 menteri PN menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abd Latiff Ahmad membidas Ismail Sabri sambil berkata Perdana Menteri sementara itu masih mempunyai masa untuk memecat 12 menteri berkenaan.

“Kami masih lagi anggota Kabinet ‘caretaker’ (sementara). Masih belum terlambat untuk dipecat. Mungkin Perdana Menteri Kesembilan boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota Kabinet dalam masa ‘kecederaan’,” kata Latiff.

Bagaimanapun hari ini (19 Oktober 2022), Ismail Sabri dipetik FMT sebagai mengakui beliau hanya bergurau ketika membuat kenyataan pemecatan itu.

Mengulas lanjut, Afif berkata, tindakan Ismail Sabri sebenarnya mengesahkan 12 menteri PN lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan keluarga perasuah UMNO dan Barisan Nasional.

“Usaha murni 12 Menteri Perikatan Nasional itu adalah bukti bahawa mereka berani berkata benar di hadapan pemerintah yang rakus dan mementingkan diri sendiri,” katanya. – SB

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok