Tunku Abdul Rahman dan Dr Mahathir juga keluar UMNO, kata Hamzah

May 11, 2022 · Politik

Isu keluar parti tidak perlu dipolemikkan memandangkan pemimpin politik terdahulu juga sebelum ini pernah mengambil langkah yang sama, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Bersatu itu menjelaskan tokoh utama UMNO sebelum ini seperti Presiden pertamanya, Tunku Abdul Rahman serta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga meninggalkan parti tersebut dan ia tidak menjadi isu yang perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

“Sama ada ahli parti keluar masuk, ia berlaku sejak dulu lagi.

“Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri pernah keluar parti, begitu juga Dr Mahathir,” katanya dipetik laporan BH.

Hamzah terdahulu menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya lagi, langkah keluar parti yang dibuatnya sebelum ini adalah demi kepentingan rakyat.

“Pada saya, apa sahaja yang sudah berlaku dalam tiga tahun lalu, iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) sudah pun terjadi. Ada yang berlaku dengan perancangan dan ada yang berlaku kerana strategi tertentu, tetapi semuanya untuk kepentingan rakyat.

“Saya sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan untuk membabitkan sesiapa, yang penting adalah supaya kerajaan ketika ini adalah kerajaan stabil yang mampu memastikan agenda kerajaan dilakukan dengan terbaik, juga supaya rakyat tidak hidup kegelisahan dalam keadaan kepemimpinan yang terumbang ambing,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad menganggap mereka yang meninggalkan parti itu suatu ketika dahulu mempunyai alasan dan sebab tersendiri.

Berikutan itu, tegas Md Alwi, UMNO tidak boleh berdendam terhadap mereka yang pernah keluar parti, sebaliknya perlu bersikap terbuka dan memaafkan kekhilafan individu terbabit.

Hamzah berkata, kepentingan rakyat menjadi tunjang utama dalam tindakan yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti politik.

“Agenda utama adalah untuk kepentingan rakyat dan bukannya individu.

“Sama ada guna kaedah kepartian, yang penting adalah apabila lakukan sesuatu dan harus dilakukan, ia perlu dilaksana dengan terbaik serta niat yang baik. Tidak timbul kehendak sendiri, sebaliknya (demi) kemaslahatan yang lebih besar,” katanya.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
5 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
9 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
12 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
14 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
16 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok