Tun M pula gesa Ismail Sabri jangan beri muka kepada Kluster Mahkamah

August 24, 2021 · Politik

Gesaan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memberi peluang kepada Kluster Mahkamah dalam pentadbirannya, turut dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Geng kluster mahkamah tak boleh ada dekat dengan kerajaan (baharu). Sepatutnya, mereka diasing dan jangan dipilih jadi Timbalan Perdana Menteri. Jawatan Menteri pun mereka tak boleh,” katanya mengulas pemilihan anggota Kabinet baharu yang bakal diumum Ismail Sabri minggu depan.

Untuk rekod, Kluster Mahkamah merujuk kepada sekumpulan pemimpin UMNO yang kini sedang dibicarakan di mahkamah atas beberapa pertuduhan jenayah.

Antara mereka termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan lebih 80 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam, yang antaranya membabitkan kes jenayah rasuah melibatkan jutaan ringgit.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda setelah didapati bersalah dalam kes SRC International dan kini menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Najib juga berdepan beberapa pertuduhan lain berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin UMNO Johor, Datuk Shahrir Samad juga berdepan tuduhan kerana gagal mengisytihar wang yang mereka terima.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mencadangkan Ismail Sabri membentuk Kabinet bersaiz kecil dan dianggotai hanya mereka yang berkebolehan serta cekap dalam pentadbiran.

Beliau berkata, pemilihan anggota Kabinet sepatutnya dibuat dengan penilaian teliti dan mengambil kira kebolehan serta kecekapan bekerja.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan penganalisis politik luar negara dilihat memberi persepsi negatif dan ‘amaran awal’ kepada Ismail Sabri supaya menjarakkan dirinya daripada Kluster Mahkamah dan kumpulan kleptokrasi di dalam UMNO.

Mereka menyifatkan pelantikan Ismail Sabri meletakkan kembali UMNO sebagai ‘pemandu’ sekali gus memberi kelebihan kepada Kluster Mahkamah dan kumpulan kleptokrasi yang turut berada di dalam parti itu.

Walaupun melihat pelantikan Ahli Parlimen Bera itu pada dasarnya memulihkan kembali pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri tidak terlepas daripada pandangan negatif kerana beliau juga adalah Naib Presiden UMNO, parti yang menurut penganalisis politik antarabangsa ditumbangkan gara-gara skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata sokongan PN terhadap Ismail Sabri dibuat dengan beberapa syarat, termasuk memastikan Jemaah Menteri yang bakal dilantik bukan daripada individu yang berdepan sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Hari ini Agenda Daily turut melaporkan pemimpin akar umbi UMNO di beberapa cawangan mengingatkan Ismail Sabri supaya tidak melantik 15 Ahli Parlimen (MP) yang mengkhianati sokongan kepada Kerajaan PN, jika mahu selamat.

Sumber UMNO cawangan yang menganggotai jawatankuasa bahagian memberitahu sudah tiba masanya Ismail Sabri melihat secara mendalam pengkhianatan seperti itu yang boleh berulang lagi pada masa depan jika kumpulan itu diberi peluang di dalam kerajaan.

“Mereka ini menjadi duri dalam daging jika diletakkan di dalam kerajaan. Bahaya jika orang sedemikian diberi kepercayaan menerajui mana-mana kementerian atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kerana akan patuh kepada ketua mereka bukan kerajaan,” katanya kepada Agenda Daily, tatkala Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Kedah, semalam.

Berita berkaitan
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
4 jam lalu· Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
4 jam lalu· Politik
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
3 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
10 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
10 jam lalu · Politik
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
24 jam lalu · Politik
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok