Tun Faisal cadang Syahir tangguh debat, Rafizi tak relevan

August 2, 2023 · Politik

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mencadangkan supaya debat antara Rafizi Ramli dengan Mohd Syahir Che Sulaiman ditangguhkan dan tidak perlu diteruskan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berjalan.

Pemimpin akar umbi Bersatu itu berkata Menteri Ekonomi itu sudah tidak relevan dan hanya menjadi bahan cemuhan orang ramai kerana sehingga hari ini gagal menterjermahkan formulanya untuk membantu rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat.

“Laporan menunjukkan orang dah tak minat dengar apa Rafizi cakap lagi. Dia turun ceramah pun nampaknya kerusi kosong je yang banyak.

“Ingat Syahir tak payah la layan dia debat dalam tempoh PRN ni… Rafizi ni hanya nak cari perhatian sebab dia sedar dia semakin tak relevan dan tak diminati rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Sebaliknya, Tun Faisal berkata Ahli Parlimen Bachok itu mencabar Rafizi dalam debat selepas PRN dan bukan ketika jentera parti sedang sibuk berkempen ke arah memenangkan calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding.

“Kalau nak debat sangat, buat ke la lepas PRN… itupun kalau nak layan dia la… pandangan saya tak perlu, biarlah dia mereput sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi mengesahkan Syahir menerima  tawaran untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi itu yang dijadualkan berlangsung Rabu depan.

Rafizi yang menerima kritikan daripada orang ramai, malah siri ceramahnya tidak mendapat sambutan sepanjang kempen PRN.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok