Tular klip audio Anwar, Zahid bincang strategi semasa PAU

April 7, 2021 · Politik

Satu klip audio suara mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang strategi politik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini tular di media sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

“Saya dah 22 tahun baru saya follow (mengikuti) Perhimpunan Agung UMNO,” kata Anwar sambil ketawa semasa awal perbualan.

Klip audio tersebut berdurasi 4 minit lebih.

Zahid kemudiaan menjelaskan kepada Anwar tentang ucapannya semasa PAU itu adalah sebahagian daripada strategi, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan “No Anwar, No DAP, No Bersatu” dalam ucapan dasarnya semasa PAU.

“Don’t worry that is only tactical ok (jangan risau, itu hanya strategi),” balas Zahid kepada Anwar.

Anwar juga memuji Zahid berhubung ucapan berapi-apinya semasa PAU, namun seakan mempersoalkan Zahid yang sepatutnya ‘menamatkan semuanya’, ia dipercayai merujuk kepada keputusan untuk mendesak Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan serta-merta.

“I tengok ucapan you ni bagus .. and then the mattters MT (Majlis Kerja Tertinggi).. and of course kita nak finish the game tapi kalau you dah fikir mandat itu ok la… cuma ada kerja sikit dengan MT je la,” kata Anwar.

Ia kemudian dijawab oleh Zahid dengan mengatakan MKT tidak menjadi masalah kerana sudah menerima sokongan padu.

Zahid dalam ucapan penggulungannya menyuarakan hasrat MKT telah menerima mandat untuk menentukan tarikh sesuai bagi kesemua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO melepaskan kedudukan mereka.

Dalam perbualan itu, Zahid turut menyifatkan Anwar sebagai mentornya yang handal berucap.

“You tau siapa cikgu saya kan (ketawa).. cikgu saya yang handal ucapan ni orang yang saya tengah cakap ni (ketawa),” kata Zahid lagi.

Penghujung perbualan, Anwar turut mengingatkan Zahid mengenai langkah selanjutnya yang perlu dilakukan segera.

“Cuma now tak habis kita ada sikit lagi tu nak kena… because kalau kata la you dapat ni…. maknanya dia kena emergency MT tau,” kata Anwar.

Minggu lalu, sehari selepas berakhir PAU, Menteri dan Timbalan Menteri UMNO bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan nasihat berhubung keputusan yang dibuat UMNO menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Bagaimanapun, kesemua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO tidak meletak jawatan mereka sebaliknya kekal untuk bersama kerajaan Perikatan Nasional.

Agenda Daily juga sebelum ini mendedahkan Zahid masih tidak memanggil Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berjumpa dengannya walaupun selepas beberapa hari bertemu Muhyiddin.

Ia menimbulkan spekulasi kononnya Kluster Menteri tidak menerima keputusan yang dibuat semasa PAU dan tidak mahu melepaskan jawatan mereka.

Klik sini untuk mendengar rakaman audio: KLIK

Tranksrip penuh perbualan Anwar dan Zahid. Anwar (A),  Zahid (Z)

A: Asalammualaikum.

Z: Mualaikumusalam warahmatullah.

A: Saya dah 22 tahun baru saya follow Perhimpunan Agung UMNO (ketawa).

Z: Don’t worry that is only tactikal ok…

A: No no ok… i tengok ucapan you ni bagus .. and then the mattter MT.. and of course kita nak finish the game tapi kalau you dah fikir mandat itu ok la… cuma ada kerja sikit dengan MT je la.

Z: MT tu senang saja sebab dah solid dah tu … mudah.

A: Aku tengok ucapan you.. you bukan main… bukan main ya la org dok dengar…(ketawa)

Z: You tau siapa cikgu saya kan (ketawa).

A: Good la good … i’m very glad… proud of you.

Z: Cikgu saya yang handal ucapan ni org yg saya tengah cakap ni (ketawa)

(Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak)

A: Kita Keadilan kita panggil MPP.. dok gelak.. eee.. aku kata hampa keja apa ni dok ikut perhimpunan UMNO, kita Keadilan (PKR) tau… apa yang sibuk.

(Dua2 ketawa)

A: … Presiden pun dengar… saya dengar sebab penting nak bincang dengan dia (ketawa)… good la good.. cuma orang tak tau … tapi bula conclution tu jauh lebih baik daripada keputusan MT…

Z: Betul.

A: MT kata tunggu election.

Z: Betul.

A: … kita anytime.

Z: Sebab bila perhimpunan memberi mandat kepada presiden… that is much easier.. than usul…

A: Hmm.. mood tu dah clear… semua dah berdiri kan.

Z: Betul.. betul …yang againt motion tu pun kena boo lima enam kali

A: Betul… cuma nak get you.. one minister resign dulu tapi tak ada …

Z: Penakut penakut.

A: Ini yang Perak saja boleh apa nama.. Shamsul ja yang boleh.

Z: Betul-betul.

A: Kalau dia boleh kata makna dlm dua tiga hari ni … saya respect mood perhimpunan, saya orang UMNO saya patuh habis…

Z: (Ketawa)

A; Tak pa lah kita tengok.. tapi good la… congratulation.

Z: Thank you for your concern… thank you for your moral support.

A: No.. aku follow kira aku kerja aku dengar pimpinan UMNO.. ni amende punya kerja (ketawa).

Kedua-dua ketawa berdekah-dekah

Z: After 23 long years.

A: Aku dengar.. dengar… sikit-sikit tapi tak la macam hari ni … tapi ucapan pembukaan tu memang boleh agak dah .. that’s ok … debate pun bagus la…bagus… Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) pun kena teruk.

Z: (Ketawa)

A: Than finally ni bagus.. Jazlan (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) ni bagus

Z: Memang kita letak dia kemudian sekali … nak sapu yang 50-50 tu .. that is the process..

A: Good.. good hmm.. you punya pengulunggan confident.

Z: Thank you so much.

A: Jumpa Selasa ka?

Z: Malam malam.

A: Cuma now tak habis kita ada sikit lagi tu nak kena … becaus kalau kata la you dapat ni…. maknanya dia kena emergency MT tau.

Z: Tak pa tak pa kita akan (buat).

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok