Tular dokumen Zahid beri maklumat salah kepada Agong, dakwaan Nazri terbukti benar?

July 2, 2021 · Politik

Tular dalam media sosial satu dokumen dikatakan dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong 11 Jun lalu yang menegaskan UMNO membuat keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum tarikh akhir 1 Ogos ini.

Dokumen tersebut juga mendedahkan Zahid kononnya mendakwa semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berikrar untuk meletak jawatan daripada kerajaan PN.

“Patik jelaskan sedikit Tuanku dalam perkara kedua ini. Majlis Tertinggi memutuskan bahawa tarikh akhir untuk UMNO tarik diri daripada Perikatan Nasional ini adalah pada 1 Ogos.

“Sama ada Darurat diteruskan atau pun ditamatkan sebelum itu adalah tarikh akhir. Semua Menteri berjanji dan berikrar letak jawatan daripada kerajaan,” menurut petikan dalam dokumen tersebut.

Untuk rekod, kenyataan dalam dokumen tersebut sama sekali berbeza dengan ketetapan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu, sebaliknya ketetapan yang sebenar adalah kerjasama UMNO dengan Bersatu dalam kerajaan PN hanya akan berakhir selepas Parlimen dibubar.

Ketetapan PAU juga tidak menyatakan tarikh spesifik UMNO akan menarik diri daripada kerajaan PN seperti didakwa Zahid dalam dokumen tersebut.

Sekiranya terbukti kesahihan dokumen tular tersebut, dakwaan seorang pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang menuduh Zahid menyampaikan maklumat salah kepada semasa menghadap Agong baru-baru ini terbukti benar dan ia merupakan satu penderhakaan yang jelas kerana cubaan menipu Tuanku.

Agenda Daily masih cuba mendapatkan pengesahan Zahid berhubung dokumen yang sedang tular tersebut.

Nazri sebelum ini mendedahkan sudah mengumpul surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap rasmi kepada 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ia sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Agong.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata langkah tersebut diambil sebagai tindakan balas terhadap Zahid yang memberikan maklumat mengelirukan kepada Agong berhubung sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Beliau juga mendakwa ditipu Zahid semasa menarik sokongan terhadap kerajaan pada Oktober tahun lalu apabila ketua perancang tersebut mendapat peruntukan untuk kawasan Parlimennya dan beliau pula tidak diberikan peruntukan kerana tindakan menarik sokongan itu.

Pada 7 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memanggil semua ketua-ketua parti menghadap di Istana Negara ia bagi mendapatkan pandangan dan pendapat berhubung keadaan semasa yang dihadapi negara.

Untuk rekod, Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dikaitkan dengan surat sokongan kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara dan juga isu klip audio pakatan sulit Anwar-Zahid yang menjadi perbualan hangat dikalangan pemerhati politik.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
8 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok