Tujuh ADUN PH dilantik Exco kerajaan DAP-UMNO Perak

November 22, 2022 · Politik

Kerajaan DAP-UMNO Perak pimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Saarani Mohamad memilih tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) – empat daripada DAP, PRK (dua) dan AMANAH (satu) – sebagai Ahli Exco kerajaan negeri.

Manakala hanya tiga sahaja yang mewakili UMNO menjadi Exco iaitu ADUN Lintang Mohd Zolkafly Harun, Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November lalu, Perikatan Nasional (PN) memenangi 26 kerusi, berbanding PH (24) dan BN (sembilan, termasuk lapan daripada UMNO).

Bagaimanapun, Saarani menunjukkan wajah sebenar parti UMNO apabila tunduk dan duduk di bawah DAP setelah tertarik dengan jawatan Menteri Besar yang ditawarkan kepadanya.

Sepuluh ADUN kerajaan DAP-UMNO itu hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Mewakili UMNO adalah ADUN Lintang Mohd Zolkafly Harun, Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).

ADUN PKR ialah Mohd Azlan Helmi (Tualang Sekah) dan Sandrea Ng Shy Ching (Teja) manakala AMANAH, Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat).

DAP pula diwakili bekas Exco A Sivanesan yang juga ADUN Sungkai, Loh Sze Yee (Jalong), Teh Kok Lim (Aulong) dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar).

Saarani mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu· Isu semasa
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
December 3, 2022· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
December 1, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
59 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok