Tuhan Yang Maha Esa akan bantu UMNO dan BN, kata Zahid gembira

December 7, 2021 · Politik

Seolah-olah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘maksum’ tidak pernah melakukan kesalahan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk pecah amanah, begitu yakin rakyat akan kembali menerima parti itu.

Seperti juga UMNO dan BN tidak pernah melakukan ‘pembunuhan karakter’, Presiden UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau hari berkata Tuhan Yang Maha Esa akan membantu kebangkitan semula UMNO dan BN.

Beliau turut mendakwa usaha hebat dan terancang dilakukan terhadap pemimpin BN, untuk menghasut supaya rakyat membenci mereka.

“Mereka yang pernah menguasai pentadbiran kerajaan selama 22 bulan begitu bimbangkan kebangkitan Barisan Nasional (BN).

“Sama ada mereka yang masih bersama dalam gabungan politik kerajaan singkat itu, mahupun yang telah menarik diri.

“Mereka yang menarik diri untuk menyelamatkan diri selepas mendapati gabungan politik berkenaan ditolak rakyat.

“Sehingga hari ini mereka bersama-sama meratib penuh ketakutan dan kekhuatiran melihat kebangkitan semula BN,” katanya yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan BN selama kira-kira 33 bulan dan kini berdepan tuduhan jenayah di dua Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Pengerusi BN itu berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerajaan.

Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Keyakinan Zahid bahawa UMNO dan BN kembali mendapat sambutan dan sokongan rakyat juga berdasarkan kepada kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.

“Pelbagai kata-kata nista, tohmahan dan adu domba kembali diungkapkan ke atas BN dan para pemimpinnya. Begitu cemas dan gementar pemimpin-pemimpin politik itu terhadap kebangkitan BN ekoran takutkan bayang-bayang sendiri.

“Takut kepada segala keburukan, kejahatan dan penganiayaan yang pernah mereka lakukan terhadap BN. Menumbangkan kerajaan BN pada tahun 2018 dengan fitnah, pembohongan dan tipu daya.

“Menewaskan kerajaan BN dengan menabur begitu banyak janji-janji palsu kepada rakyat,” katanya.

Pada akhir kenyataannya itu, Zahid berkata dengan izin Tuhan Yang Maha Esa kebangkitan BN menuju kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak akan mampu disekat.

“InsyaAllah BN akan kembalikan kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan yang amat dirindui rakyat Malaysia,” katanya yang sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 19 Mac lepas, pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah telah mengarahkan pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis masing-masing pada 28 Mei dan menetapkan 28 hingga 30 Jun serta 1 hingga 2 Julai sebagai tarikh pendengaran bagi hujahan lisan.

Hakikatnya, seperti apa yang dikatakan Zahid itu, dengan izin Tuhan Yang Maha Esa jugalah UMNO dan BN kalah teruk pada PRU14 lalu.

Dan, segala tuduhan jenayah ke atas beliau dan rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhi hukuman penjara serta denda, juga adalah dengan izin Tuhan Yang Maha Esa.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok