Tuduhan terhadap Muhyiddin macam ‘mi segera’: Hadi Awang

March 12, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), termasuk pihak berkuasa, dinasihatkan supaya menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum mengheret seseorang itu ke mahkamah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Islam melarang tindakan mendakwa seseorang di mahkamah dengan mudah, sebaliknya ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.

“Dalam Islam tak boleh diheret ke mahkamah, mudah-mudah begitu. Ada proses kehakiman yang betul. Bukan secara segera macam mi segera… buat begitu sahaja.

“Dia pakai kenyataan media… heret orang ke mahkamah… mudah-mudah… rakyat dikelirukan oleh media,” katanya dipercayai merujuk kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang secara tiba-tiba sahaja didakwa di mahkamah atas pertuduhan kononnya menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman, anjuran PN di Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar, Kuala Lumpur, malam tadi (11 Mac 2023).

Ini adalah kali pertama Abdul Hadi mengulas mengenai pertuduhan terpilih bermotifkan politik yang dikenakan terhadap Muhyiddin.

“Orang yang benar dianggap bohong. Pembohong dianggap benar, orang yang amanah dianggap pengkhianat… pengkhianat dianggap amanah. Orang yang bebal mendabik dada bercakap perkara-perkara yang besar,” kata Abdul Hadi lagi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata keadaan sekarang sudah jadi terbalik apabila orang yang tidak tahu agama mula bercakap benda yang besar.

“Masa bentang bajet baru-baru dibaca ayat Nabi Yusof… Nabi Yusof kata jadikan saya penjaga khazanah Mesir. Saya seorang yang mahir yang amanah. Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baca ayat ini.

“Ayat yang sama dibaca tahun 90-an dulu… saya masih ingat lagi masa dia menjadi Menteri Kewangan… ayat yang sama… Syok sendiri. Anggap aje macam Nabi Yusof. Nabi Yusof siapa yang lantik? Tuhan lantik. Dia siapa lantik? Rakyat Tambun lantik dia… tu pun hampir-hampir nak kalah,” kata Abdul Hadi.

Beliau menegaskan bahawa jika seseorang itu meminta untuk duduk di atas maka Tuhan akan membebankan mereka.

Pada masa sama, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata negara sedang menyaksikan berlakunya kezaliman yang wajib dicegah bagi menyelamatkan negara.

Beliau mengingatkan bahawa bencana akan menimpa bukan sahaja terhadap orang yang zalim itu, tetapi juga mereka yang baik, tetapi berdiam diri.

“Kalau kita tidak bertindak bencana akan menimpa semua. Bukan sahaja mereka yang zalim, termasuk mereka yang baik yang mendiamkan diri. Berlakunya perkara ini berpunca daripada berlaku tahun-tahun yang menggoda dan menipu manusia.

“Ini keadaan yang berlaku di negara kita… walaupun sudah berlaku ada jalan untuk buat perubahan. Tak lama lagi pilihan raya negeri akan diadakan.

“Kelantan, Terengganu, Kedah. Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang. Ubah kerajaan beri Perikatan Nasional untuk ambil alih negeri-negeri ini. Insya-Allah kita akan buktikan apa yang kita nak buat? Kita tak takbur dan bahawa Allah Taala tidak sia-siakan orang yang dizalimi.

“Doa orang yang kena zalim tak ada dinding dengan Allah. Disebutlah hadis yang lain walaupun orang kena zalim itu orang bukan Islam. Tuhan terima doa dia. Tuhan tolong dia… ini bahayanya zalim ini,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
1 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok