Tuduhan ada sokongan majoriti MP untuk jadi PM tak benar: Muhyiddin

June 5, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau memberitahu atau mengesahkan kepada mana-mana pihak bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen (MP) untuk menjadi Perdana Menteri semula.

“Beberapa hari lalu timbul tuduhan bahawa saya memberitahu pemimpin sebuah parti politik bahawa saya telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa saya telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.

“Tuduhan tersebut adalah tidak benar,” kata bekas Perdana Menteri kelapan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan apa yang dibincangkan dalam siri pertemuannya dengan beberapa pimpinan parti-parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Perkara ini dibincangkan secara tidak rasmi apabila terdapat beberapa ahli politik dari parti-parti pembangkang yang menemui saya selepas pilihan raya negeri Johor.

“Rata-rata berpendapat cara yang terbaik untuk menghadapi PRU-15 ialah dengan mengusahakan formula satu lawan satu menentang BN,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin menghubunginya dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Shafie berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Untuk rekod, Warisan yang dipimpin Shafie sekarang ini mempunyai masalah dalaman sehingga beberapa wakil rakyatnya kini telah meninggalkan parti itu.

Terbaharu, hari ini Warisan kehilangan seorang lagi wakil rakyatnya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal mengumumkan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Sebelum ini, lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti iaitu Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik); Datuk Dr Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi; Datuk Peter Anthony (Melalap); dan Datuk Nuil Juatim (Limbahau).

Selepas lima ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini memiliki 17 kerusi di DUN dan blok pembangkang tinggal 26 kerusi manakala blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN Dilantik mempunyai 52 kerusi.

Berikut kenyataan penuh beliau di ruang RENCANA.

Berita berkaitan
Letak Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ hanya umpan, Zahid mahu jadi PM
June 27, 2022· Politik
Zahid, Najib pada mulanya tak sokong Ismail Sabri jadi calon PM
June 27, 2022· Politik
Adakah taktik sama UMNO mahu guna desak Ismail Sabri seperti Muhyiddin?
June 24, 2022· Politik
Ismail Sabri beri penjelasan berhubung kekeliruan subsidi minyak masak
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
June 29, 2022
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022
Pendedahan Tajuddin, apa agaknya janji Anwar kepada anak murid?
June 28, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
3 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
4 jam lalu · Politik
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
8 jam lalu · Politik
Kabinet tak pernah bincang PRU-15, fokus bantu rakyat: Menteri agama
9 jam lalu · Politik
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok