Tuduh kerajaan gagal: Jangan jadi ayam jantan ekor bergelumang najis

June 26, 2021 · Politik

Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mempersoalkan apa lagi dimahukan oleh pihak yang mendakwa kerajaan gagal, sedangkan banyak yang telah dilakukan, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

Mengakui ramai yang terkesan akibat langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) beliau menjelaskan usaha drastik ini bukanlah pilihan tetapi ia sesuatu yang perlu demi menyelamtkan nyawa, kepentingan dan masa depan rakyat.

“Sesungguhnya pandemik ini bukan ditanggung negara atau rantau kita sahaja tetapi ia turut menjejaskan dunia. Oleh itu masing-masing negara mengambil langkah yang perlu dan terbaik untuk menyelamatkan rakyat masing-masing,” katanya.

Agenda Daily hari ini melaporkan kritikan lembab, perlahan dan tidak efisien dalam memberikan vaksin kepada orang ramai seringkali dijadikan modal politik, kononnya kerajaan sekarang gagal dalam menyediakan vaksin secukupnya kepada rakyat.

Namun, secara faktanya pelaksanaan vaksinasi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama petugas barisan hadapan lain boleh dianggap mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan dan usaha keras mereka wajar diberikan pujian.

Mengulas lanjut Roslan berkata sehingga semalam sahaja lebih tujuh juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk Malaysia dengan lebih lima juta penerima dos pertama dan 1,966,358 menerima suntikan dos kedua vaksin di bawah program kerajaan.

Ini bermakna 5.3 peratus rakyat telah menerima kedua-dua dos dan jika kadar vaksinasi melebihi angka 250,000 sehari sebagaimana yang telah dicapai minggu lalu, menjelang pertengahan Julai sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat Malaysia telah menerima vaksin masing-masing, katanya.

“Dan mengikut kerajaan dalam bulan Ogos disasarkan kadar vaksinasi ini mencecah 400,000 dos sehari dan ini kelak akan memungkinkan kita mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum hujung tahun.

“Apakah yang rakyat Malaysia mahu? Rakyat Malaysia mahu kehidupan mereka kembali pulih seperti biasa, negara berjaya memutuskan rantaian Covid-19 dan kita mencapai imuniti kelompok sebagaimana disasarkan.

“Yang pasti ini bukan masanya menuding jari dan menyalahkan sesiapa, kita bersama memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan usaha untuk mencapai sasaran yang dimaksudkan,” katanya.

Roslan berkata apa yang dikehendaki rakyat adalah kejayaan memerangi pandamik dan keluar daripada bebanan yang mencengkam hidup mereka.

“Jika Darurat perlu ditamatkan 1 Ogos ini, tamatkanlah. Jika Parlimen perlu bersidang, bersidanglah, jika ia membantu memulihkan kehidupan rakyat dan negara.

“Tetapi janganlah pula digunakan Parlimen nanti sebagai gelanggang untuk menjadi jaguh, berkokok bagaikan ayam jantan tetapi ekor bergelumang najis.

“Yang rakyat mahu adalah jalan keluar dari kemelut ini, bukannya menaik atau menjatuhkan sesiapa,” katanya.

Berbanding Singapura, adakah vaksinasi Malaysia jauh ketinggalan?

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
2 jam lalu· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
22 jam lalu· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
Popular
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
December 2, 2022
Lagi Politik terkini
Perikatan ada kelebihan selepas BN, PH ketepikan prinsip masing-masing
2 jam lalu · Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
7 jam lalu · Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
7 jam lalu · Politik
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
16 jam lalu · Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok