Tuduh Bersatu curi ahli cubaan UMNO lepas diri

Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya

Tindakan UMNO menuduh Bersatu ‘mencuri’ atau ‘memancing’ ahli mereka adalah semata-mata untuk melepaskan diri daripada masalah dalaman yang dihadapi parti itu.

Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan tuduhan itu tidak lebih daripada tindakan ‘escapism’ daripada masalah yang dihadapi oleh UMNO sndiri.

Mengulas tuduhan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah baru-baru ini, beliau berkata, penyertaan ahli UMNO ke dalam Bersatu adalah kehendak mereka sendiri.

“Mana ada siapa boleh ‘curi’ siapa. Kalau ahli mana-mana parti nak sertai parti lain itu hak dia. Jadi, dakwaan ‘curi’ ini bagi saya tak lebih daripada tindakan ‘escapism’ atau cuba melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi parti itu sekarang,” katanya ketika hari ini.

Shabudin berkata, tidak adil bagi UMNO untuk membuat tuduhan tanpa asas serta tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh.

“Tidak adil untuk tuduh kami curi ahli, sedangkan rakyat kini boleh cari maklumat lebih awal daripada kita untuk lihat perjuangan parti.

“Saya nasihatkan UMNO agar yakinkan kembali ahli dengan perjuangan mereka,” katanya.

POPULAR