Tuan Ibrahim sahkan semua Menteri PN hantar surat kepada Agong

October 6, 2022 · Politik

Surat yang dihantar semua Menteri Perikatan Nasional (PN) disahkan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan tidak bersetuju pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini ketika musim tengkujuh.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan surat itu diserahkan kepada Istana Negara selepas pemimpin UMNO semakin mendesak agar PRU-15 diadakan secepat mungkin pada ketika beberapa negeri sudah dilanda bencana banjir.

“Itu pandangan kami (untuk tidak bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini)…kami menghantar surat semalam dan Al-Sultan Abdullah menerimanya.

“Semua menteri PN (menandatangani surat) itu,” katanya menurut laporan media.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air terdahulu mengiringi Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Ampang, dekat sini bagi meninjau sendiri persiapan dan kesiapsiagaan bagi negara berdepan musim banjir di seluruh negara.

Media sebelum ini melaporkan semua 12 Menteri dari kedua-dua parti dalam kerajaan itu menyatakan pendirian PRU-15 tidak sepatutnya diadakan semasa musim tengkujuh dan surat tersebut ditandatangani pada 3 Oktober lalu dihantar kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.

Laporan tersebut juga membangkitkan berhubung ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai hujan lebat dan kejadian banjir berikutan peralihan monsun dalam beberapa minggu akan datang, di mana ia boleh menjejaskan pengundian PRU-15 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Surat itu juga turut menyeru supaya tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan ekonomi berikutan lebih daripada dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19.

Spekulasi bertiup kencang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Agong pada minggu ini bagi memohon pembubaran Parlimen selepas mendapat mandat daripada UMNO untuk mempersembahkan cadangan PRU-15 diadakan segera.

UMNO juga dilihat membuat pelbagai persediaan sebagai isyarat PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
36 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok