Tuan Ibrahim Menteri Besar jika PN rampas Pahang, kata Muhyiddin

November 8, 2022 · Politik

Bersatu akan menyokong Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah memberitahu Tuan Ibrahim berkenaan perkara itu baru-baru ini.

Pada PRU-15 ini, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri N04 Cheka di Pahang, manakala pada peringkat Parlimen beliau bertanding di Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Muhyiddin daripada apa yang dilihatnya sekarang, terutama setelah PN melancarkan manifestonya pada Ahad (6 November) sambutan dan sokongan terhadap Perikatan Nasional semakin bertambah.

Katanya gabungan antara PAS dan Bersatu sekarang ini sudah cukup kukuh untuk berdepan parti lawan, terutama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya fikir di Kedah ni… begitu juga di Kelantan dan Terengganu… saya tengok yang mutakhir ini (gabungan PAS dan Bersatu) adalah kukuh dan Insya-Allah Perlis pun akan jatuh kepada kita (Perikatan Nasional), dan PAS jadi Menteri Besar Perlis. Kami akan sokong.

“Saya pergi ke Pahang, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim (Tuan Man) ada kat situ. Dia bertanding Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri.

“Saya dah beritahu bila (PN) menang di Pahang, awak jadi Menteri Besar… dan PAS akan menambah bilangan Menteri Besar. Tidak mengapa… kami dalam Bersatu tidak kisah… PAS pimpin, kami akan sokong sepenuh-penuhnya.

“Pasal yang penting ialah Perikatan Nasional mengurus dan juga mentadbirkan negara. Ini perkembangan mutakhir lepas saya lancarkan manifesto PN,” katanya berucap pada ceramah umum PN BEST di Pusat Konvensyen Pendang di Parlimen Pendang, malam tadi (Isnin, 7 November 2022).

Pada PRU-15, 19 November ini Perikatan Nasional meletakkan calon daripada PAS Datuk Awang Hashim untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pendang yang dimenanginya pada 2018 lalu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berharap satu gelombang tsunami yang besar akan berlaku pada 19 November ini.

“Tsunami yang akan membersihkan negara kita daripada puak-puak suku sakat yang telah membawa musibah dan bencana kepada negara kita, rasuah, salah guna kuasa. UMNO, BN, PH sama-sama kita bersihkan.

“Bukan niat kita jahat. Niat kita ikhlas dan baik. Kita berpegang pada tuntutan agama kita. Kita amalkan perbuatan-perbuatan yang memang dituntut oleh Islam.

“Kita nak supaya negara kita menjadi sebuah negara yang maju, berjaya… dapat dibersihkan daripada segala kekotoran, kemungkaran, kesalahan, kebobrokan yang telah dibuat dan dilakukan oleh pimpinan-pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang lalu.

“Saya berdoa calon kita di seluruh negara akan mencapai kemenangan yang cemerlang dan Perikatan Nasional akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin sekali lagi mengingatkan apa yang penting dalam pilihan raya kali ini ialah pengundi mesti keluar beramai-ramai kerana PN memerlukan jumlah peratusan keluar mengundi yang tinggi.

“Kalau boleh sampai 100 peratus lagi baik. Kalau tidak pun 90 peratus… atau setidak-tidaknya 85 peratus. Dan saya nak beritahu kalau yang keluar mengundi itu bilangan peratusan yang tinggi maka harapan Perikatan Nasional untuk menang adalah lebih cerah lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok