‘Tuan ada keris, saya ada golok’. Orang tak siuman ancam guna senjata

March 19, 2023 · Politik

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari hari ini menyiarkan satu gurauan yang menikam kalbu, sambil menunjukkan sebilah golok tetapi tersimpan kemas di dalam sarung.

Bagaimanapun, gurauan kata-katanya dipercayai merujuk kepada kenyataan kiasan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, yang kononnya ada keris untuk menentang cubaan menumbangkan kerajaan.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pasir Mas memuat naik gambar beliau yang memegang golok, dengan kata-kata:

“Tuan ada keris, saya ada golok. Tapi simpan dalam sarung je, tak payah nak tunjuk-tunjuk atau hunus sebarangan.

“Dalam negara demokrasi, nak ancam orang dengan senjata ni kerja orang kurang siuman,” kata Ketua Pemuda PN itu dalam Facebook beliau hari ini (Ahad, 19 Mac 2023).

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika berucap pada Kongres Nasional Khas PKR berkata:

“Kamu cuba nak rampas (kerajaan)? Silakan. Tetapi itu tidak mudah. Kita siap dengan keris.”

Anwar berkata demikian bagi menyuarakan pendirian bahawa beliau tidak gentar dengan sebarang ugutan mengadakan perhimpunan orang Melayu yang dijadualkan hari ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana terdapat ‘gangguan’.

Anwar juga menyindir pihak yang hilang tampuk kuasa, tetapi sekarang sedar dan mengeluh tentang nasib orang Melayu.

Tanpa menamakan pihak itu, Anwar dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya, tidak memperjuangkan nasib orang Melayu ketika menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya mengayakan diri dan keluarganya.

“Ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham,” kata Anwar, yang juga presiden PKR semasa ucap tama di Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat,” katanya menurut laporn FMT semalam.

Dr Mahathir pada sidang medianya hari ini, melihat ‘gangguan’ daripada kerajaan PH-BN terhadap rancangan orang Melayu untuk mengadakan perhimpunan, seolah-olah Malaysia bukan negara Melayu.

Merujuk kepada beberapa tempat yang dipilih penganjur bagi mengadakan perhimpunan Melayu hari ini telah dibatalkan, Dr Mahathir tidak faham kenapa kerajaan yang ada sekarang begitu takut, sehingga orang Melayu tidak dibenar bertemu, malah dianggap rasis.

“Kerajaan tak perlu takut kepada kita. Tetapi nampak takut sangat sampai tak boleh nak jumpa. Tak bagi orang Melayu jumpa. Seolah-olah negara kita ini bukanlah negara Melayu,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok