Tolak PKR sandiwara Zahid atas pentas PAU: Anwar

March 30, 2021 · Politik

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘bersandiwara’ kononnya UMNO berpendirian tidak akan bekerjasama dengan partinya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Sebaliknya, beliau menganggap ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad lalu, hanya sekadar ‘ucapan dalam satu perhimpunan’.

“Itu ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya dari Parti Keadilan.

“Saya rasa ini merujuk kepada keputusan yang lebih baik di pihak tertinggi tetapi mereka juga mempunyai mandat untuk resolusi terakhir bagi meninggalkan kerajaan PN,” katanya selepas Forum Demokrasi di Malaysia anjuran Institut Strategi Antarabangsa di ibu negara hari ini.

Malah, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan bahawa rundingan kerjasama antara UMNO dan PKR masih diteruskan.

Beliau menegaskan, kerjasama yang mahu dijalinkan bersama UMNO masih lagi dalam perbincangan dan pintu rundingan masih terbuka.

“Saya nak kata ini masih lagi dalam perbincangan…saya berbincang dengan semua pihak termasuk dengan Anifah Aman sebentar tadi.

“Dalam demokrasi dan proses yang matang keterlibatan adalah sangat penting berasaskan nilai dan prinsip,” katanya.

Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada PAU 2020 berkata, parti itu menolak kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu bagi menghadapi PRU15.

Beliau turut mengulangi pendirian untuk menolak kerjasama dengan DAP dan Bersatu yang sudah diputuskan dalam perhimpunan hujung minggu lalu.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok