Tolak pemimpin nak selamatkan diri sendiri satu jihad buat rakyat: Faizal Azumu

October 18, 2022 · Politik

Rakyat wajib menolak mana-mana pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri hanya semata-mata mahu menyelamatkan daripada kes mahkamah, kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata kepentingan negara adalah lebih mustahak bagi mana-mana pemimpin politik dan bukan semata-mata rakus mahu kuasa semasa bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Apa juga yang kita lakukan sebelum pilihan raya ataupun selepas pilihan raya, semua pemimpin politik mesti meletakkan kepentingan orang ramai, kepentingan rakyat, kepentingan negara melebihi daripada kerakusan diri sendiri, nak selamatkan diri sendiri, nak kekuasaan buat diri sendiri.

“Ia mesti jauh diletakkan ataupun dicampak jauh-jauh, tak boleh ada dalam diri mana-mana pemimpin di negara kita ini. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tercalit dengan masalah-masalah didakwa di mahkamah,” katanya semasa wawancara dengan Astro Awani malam tadi.

Tegasnya lagi, ia menjadi satu jihad buat rakyat dalam melawan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa meletak kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Sekarang dah dengar pula kalau sudah tubuh kerajaan, nak tukar Peguam Negara untuk ditarik balik kes dan sebagainya. Perkara ini adalah menjadi satu jihad bagi rakyat Malaysia untuk kita tolak pemimpin-pemimpin begini daripada memimpin negara kita ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Faizal berkata rakyat sudah bijak untuk menilai mana satu pemimpin yang terbaik untuk mereka pilih pada PRU-15 nanti.

“Jadi saya fikir rakyat juga telah bersedia untuk memilih mana permata, mana batu dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Faizal juga membangkitkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa satu perhimpunan parti politik baru-baru ini yang memberi gambaran tujuan sebenar PRU-15 diadakan adalah bagi menyelamatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) daripada kes mahkamah.

“Kalau kita dengar daripada Presiden UMNO sebagai contohnya di dalam satu perjumpaan baru-baru ini, dia kata ahli-ahli kena bersedia untuk menyelamatkan kepimpinan apa Barisan Nasional yang mungkin akan didakwa jika kalah dalam pilihan raya.

“Jadi saya tak pastilah kalau ahli-ahli Barisan Nasional ini nak bekerja untuk pemimpin bukan untuk kepentingan bersama,” katanya lagi.

Mengulas berhubung isu sama ada Bersatu akan cuba berunding dengan mana-mana gabungan politik lain untuk menghadapi PRU-15, Faizal berkata masa sudah terlalu suntuk dan fokus kini tertumpu untuk mengekalkan kerjasama dalam gabungan sedia ada, Perikatan Nasional (PN).

“Saya fikir Perikatan Nasional telah istiqamah untuk menghadapi pilihan raya dengan gabungan sedia ada sekarang ini dan kita tidak lagi terlalu memikirkan kerjasama lain saya fikir parti lain juga telah amat bersedia,” terangnya lagi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Chegu Bard serah bukti rumah, tanah dan kereta mewah PMX kepada SPRM
July 11, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Kes saman Dr Mahathir RM150 juta, PMX akhirnya hantar pernyataan balas
June 15, 2023
Anwar, Zahid tak muncul di perhimpunan mega madani Selangor
June 24, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok