Tok Pa, Ikmal tanding guna lambang PAS

October 22, 2022 · Politik

Calon Bersatu di Kelantan bakal menggunakan lambang PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu terbuka jika ia menjamin kemenangan kepada gabungan mereka, Perikatan Nasional (PN).

Kalau di Kelantan ni kata pakai PAS. Kami dalam mesyuarat baru-baru ni kata okey Kelantan pakai simbol PAS, tak apa jamin menang punya.

“Calon Bersatu kalau di Kelantan ini Tok Pa (Datuk Sri Mustapa Mohamed) ke Ikmal (Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz) masuk bertanding pakai bendera PAS. Pangkah dia! Jangan tak pangkah dia,” katanya yang juga Pengerusi PN.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah sempena Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan, malam tadi.

Pada PRU-14 lalu, Mustapa menang kerusi Parlimen Jeli atas tiket Barisan Nasional (BN) namun bertindak keluar UMNO yang disertainya sejak lebih 49 tahun sebelum menyertai Bersatu pada 2018.

Manakala Ikhmal Hisham yang menang kerusi Parlimen Tanah Merah atas tiket BN turut meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu pada 2018.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata calon PN di tiga negeri yang dikuasai PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menggunakan logo PAS pada PRU-15.

Sementara calon PN di negeri lain difahamkan akan menggunakan logo gabungan itu kecuali Sabah di mana mereka akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
7 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
7 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
7 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
7 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok