Tok Mat jangka UMNO menang mudah, yakin Bersatu ditolak

March 26, 2021 · Politik

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin orang Melayu tidak akan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kerana Bersatu telah mengkhianati Pakatan Harapan (PH).

Mohamad berkata pengundi teras UMNO-Barisan Nasional (BN) iaitu kaum Melayu masih setia kepada parti tersebut dan tidak akan lari mengundi parti lain.

“PN takkan dapat undi Melayu, pecah dua (antara PN dan PH). Sedangkan pengundi asas UMNO-BN tak lari, itu hardcore kita,” katanya dipetik dalam Utusan Malaysia.

Beliau juga melahirkan keyakinan UMNO menang mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti dengan menjangkakan sekurang-kurangnya memenangi sebanyak 70 hingga 80 kerusi.

“Dalam keadaan UMNO-Barisan Nasional terhina, orang benci dengan UMNO semasa PRU-14, UMNO (masih) boleh menang 54 kerusi.

“Masa itu orang benci sangat dengan UMNO, bahkan Pakatan Harapan tengah naik menjulang melangit dengan janji-janji (manifesto) mereka, takkanlah dalam PRU-15 kita tidak boleh menang lebih daripada 54 kerusi (yang diperoleh pada PRU-14),” katanya lagi.

Mengenai pembahagian kerusi, Mohamad berkata UMNO tidak kisah untuk bergerak solo sekiranya PAS memilih untuk tidak jalan bersama dalam menghadapi pilihan raya nanti.

“Sebab berunding dengan PAS belum muktamad. Tetapi sudah semestinya 18 kerusi yang dia (PAS) menang, kena tolaklah dengan 117 kerusi berteraskan Melayu (di Semenanjung),” katanya lagi.

Awal Mac baru-baru ini, UMNO sudah membuat ketetapan untuk tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada (PRU-15) dan parti itu hanya akan bekerjasama dengan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung minggu ini, usul memutuskan kerjasama UMNO dengan Bersatu juga bakal dibahaskan dan dijangka menjadi tumpuan utama para pemerhati politik.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
16 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
23 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan
July 16, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
16 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok