Tok Mat nafi ada pemimpin UMNO lain berunding dengan PAS

September 3, 2022 · Politik

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan PAS ketika ini seperti didakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15, lapor Bernama.

“Tidak tahulah beliau berunding dengan siapa tetapi dengan saya memang tiadalah. Janganlah kita mahu mengadu domba parti orang lain, jaga parti sendiri. Saya jaga parti saya, beliau jaga parti beliau.

“Apa sahaja perundingan, mesti telus, jangan berunding dalam gelap, tidak boleh begitu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Semarak Merdeka di Kuala Sawah, Rantau di sini.

Media hari ini melaporkan Abdul Hadi berkata pintu rundingan antara PAS dan UMNO menerusi Muafakat Nasional sentiasa terbuka dan masih berjalan ketika ini melibatkan pimpinan serta ahli akar umbi kedua-dua parti.

Mohamad berkata beliau juga tidak mengetahui sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi mengutuskan mana-mana pemimpin parti itu untuk berunding dengan PAS.

“Jadi tiada pula dengar parti ataupun Presiden pernah bercakap mengutuskan (mana-mana pemimpin parti) mewakili UMNO berunding dengan PAS.

“Setakat hari ini saya tidak tahu, boleh jadi ada tetapi saya tidak tahu. Setakat ini yang saya tahu sebagai Timbalan Presiden, saya tidak pernah dengar Presiden berbuat demikian… mengutus wakil khas untuk berunding,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
19 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok