Tok Mat marah Bersatu kutip bekas pemimpin PKR hina Melayu

March 27, 2021 · Politik

Langkah Bersatu yang mengutip bekas pemimpin PKR dan membawa masuk mereka ke dalam parti itu dikecam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan semasa dalam ucapan sulung Perasmian Sayap Wanita Pemuda dan Puteri.

Mohamad berkata wakil-wakil rakyat PKR yang bertindak masuk Bersatu adalah mereka yang selama ini menghina orang Melayu tetapi disebabkan sudah tersepit mereka keluar parti sehingga terpaksa dikutip Bersatu.

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO, kalau yang tuan-tuan tahu, hanyalah memancing dan mengutip sesiapa sahaja yang pantas meninggalkan perjuangan bangsa. Termasuklah mereka yang selama ini tidak berhenti-henti menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu.

“Mereka inilah yang sebenarnya anti perpaduan Melayu. Mereka tidak pernah memperjuangkan sebarang usaha perpaduan. Sehinggalah apabila nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk, kelangsungan parti mereka menjadi begitu getir, baharulah mereka mula tergagap-gagap bercakap tentang perpaduan bangsa,” kata beliau.

Beliau juga membidas pemimpin PKR tersebut sebagai menjelikkan apabila sekarang ini lantang bercakap tentang perpaduan ummah walhal selama ini mereka tidak pernah membicarakan mengenainya langsung ketika berada dalam parti lama mereka.

“Lebih menjelikkan, bila mereka yang meninggalkan PKR turut tidak malu mahu bercakap berkenaan perpaduan ummah.

“Sedangkan selama berpuluh-puluh tahun, perjuangan mereka tidak pernah sekali pun menjurus kepada kebaikan orang Melayu, apatah lagi perpaduan ummah,” katanya lagi.

Beliau juga mengkritik Bersatu supaya tidak berbicara mengenai perpaduan ummah dengan UMNO walhal parti itu baharu berusia setahun jagung.

“Jadi, kepada pemimpin serpihan parti Melayu yang baru setahun jagung usianya, usahlah tuan-tuan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO.

“Bila tuan-tuan sendiri tidak punya sebarang rekod menyatu padukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
7 jam lalu· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
9 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
9 jam lalu· Isu semasa
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
10 jam lalu· Politik
Popular
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
10 jam lalu · Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
13 jam lalu · Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
13 jam lalu · Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
15 jam lalu · Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok