Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN

August 14, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya membiarkan isu kapal tempur pesisir (LCS) digunakan parti lawan untuk menyerang BN, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat itu.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata isu LCS merupakan isu pentadbiran syarikat dan jentera BN perlu menerangkan isu berkenaan secara agresif untuk menghalang ia dijadikan fitnah ke atas parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), menurut laporan Bernama.

“Pada PRU14 kita terlampau bertahan sehingga orang percaya sahaja apa fitnah dilemparkan terhadap kita.

“Ini (isu LCS) tiada kena mengena dengan parti tapi pentadbiran syarikat. Jika ada terdapat penyalahgunaan, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya ketika merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Turut hadir Pengerusi Wanita BN merangkap Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Setiausaha Wanita BN Datuk Rosni Sahar.

Sementara itu, Mohamad berkata BN perlu memastikan rakyat tidak mudah terpesong dengan dakwaan “raja fitnah” yang perlu dibidas dengan fakta.

“Duit tidak lesap. Kapal dalam pembinaan. Jangan dibiarkan isu diputar belit (spin) sehingga menjadi tidak terkawal,” katanya.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata untuk menang pada PRU15, setiap ahli perlu mempunyai tiga elemen ‘W’ iaitu ‘Winning Mentality’ (Pemikiran untuk menang), Winning Strategy’ (Strategi untuk menang), dan ‘Winning Move.’ (Tindakan untuk menang).

Mohamad berkata jentera BN di lapan negeri yang telah dilawatinya setakat ini antaranya Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, berada pada tahap baik serta mempunyai semangat sangat tinggi untuk menang.

“Winning strategy perlu ada. Jangan masuk perang tiada taktikal dan strategi yang cukup kerana itu bunuh diri namanya.

“Pelbagai strategi telah digubal oleh pelbagai negeri namun ia tidak cukup sekadar atas kertas,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad juga meminta semua ahli UMNO untuk melakukan ‘dry run’ kajian sikap pada mesyuarat bahagian dan cawangan parti itu yang akan berlangsung mulai esok hingga Oktober depan.

“Pemilihan (parti) bukan tahun ini, maka berhentilah berkempen dahulu. Kita fokus PRU15 dulu,” katanya.

Berita berkaitan
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
3 jam lalu· Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
3 jam lalu· Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
18 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
21 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
22 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
June 9, 2023 · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023 · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok