Tok Li, Rosol disebut ganti Zuraida

May 27, 2022 · Politik

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Razali Idris, antara nama yang disebut-sebut menjadi calon menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai anggota baharu Kabinet, menerusi kuota Bersatu.

Nama Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu, dicadangkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden parti untuk dipertimbangkan sebagai calon baharu anggota Kabinet.

Sumber Ibu Pejabat Bersatu negeri berkata jawatankuasa pimpinan parti peringkat negeri, termasuk pemimpin di peringkat sayap bersetuju sebulat suara mengemukakan nama Razali atau lebih mesra dengan panggilan Tok Li sebagai calon menteri.

“Tiada seorang pun pemimpin Bersatu Terengganu menjadi menteri sekarang. Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid hanya timbalan menteri.

“Kita berpendapat, sudah tiba masanya pimpinan Bersatu negeri diangkat untuk menjawat jawatan menteri penuh,” kata sumber itu seperti dilapor BH hari ini.

Menurut laporan itu, desas desus nama Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMT) Bersatu sebagai calon menteri, bertiup kencang susulan tindakan Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi keluar parti berkenaan dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), semalam.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan berkata, Bersatu akan mengemukakan nama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai anggota Kabinet menggantikan Zuraida berikutan ia adalah kuota parti itu.

Mengulas lanjut sumber itu berkata Bersatu Terengganu bagaimanapun menyerahkan kepada pertimbangan Muhyiddin untuk mencadangkan nama Razali.

“Seluruh pimpinan parti di peringkat negeri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada sesiapa saja yang akan dilantik sebagai menteri.

“Bersatu negeri juga menyokong penuh jika betul desas desus Rosol yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna dilantik sebagai menteri penuh,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Razali ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai desas desus berkenaan.

“Jika betul, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, saya juga melafazkan Alhamdulillah. Sebagai ketua parti di peringkat negeri, saya bersama seluruh pimpinan Bersatu Terengganu akan berusaha dan bekerja keras memastikan Perikatan Nasional (PN) diberi mandat rakyat untuk menerajui negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok