Tindakan penyokong tegar Anwar hina Agong adalah perbuatan jenayah

May 30, 2021 · Politik

Penghinaan oleh seorang ahli PKR yang juga penyokong tegar ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah satu perbuatan jenayah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan pemilik akaun Facebook ‘Iswardy Morni’ yang secara terbuka menghina Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri itu boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam dan tindakan tegas sedang diambil mengikut lunas undang-undang.

“Jabatan Siasatan Jenayah PDRM juga sedang menyiasat individu itu bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina atau mempersendakan Yang Di-Pertuan Agong dan Institusi Diraja.

“Perbuatan tidak patriotik dan tidak bertanggungjawab itu adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam,” katanya.

Hamzah berkata KDN meminta pihak PDRM untuk memantau serta mengambil tindakan yang lebih tegas dan pantas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti ini demi memastikan Institusi Diraja, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

Sebelum ini satu video yang memaparkan pemilik akaun Iswardy Morni mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong menjadi tular di media sosial.

Semalam Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar dilaporkan berkata seorang lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang, susulan laporan polis yang diterima berhubung perkara itu.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
21 jam lalu · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
21 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
21 jam lalu · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok