Tindakan menjatuhkan kerajaan sendiri di Melaka tak bermoral, kata Hadi

November 12, 2021 · Politik

Kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebelum ini dipimpin oleh Ketua Menteri UMNO Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang berpunca akibat tindakan wakil rakyat sendiri adalah tidak bermoral, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu membidas tindakan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didalangi pemimpin senior UMNO di Melaka, Datuk Seri Idris Haron dalam gerakan menjatuhkan kerajaan sendiri.

“Selepas kemelut di persekutuan, di Melaka kerajaan dijatuhkan oleh wakil rakyat sendiri.

Ini satu cara tak bermoral, ini rakyat Melaka boleh lihat sendiri,” katanya semasa semasa berucap di Pentas PRN Melaka yang disiarkan secara dalam talian.

Hadi membuat perbandingan krisis politik negara sebelum ini yang melanda negara selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meletak jawatannya tetapi masih berlapang dada dengan menerima pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai penggantinya.

“Kami cadang Muhyiddin jadi PM. Beliau tidak minta, kami yang cadang. Selepas itu demi nak selamatkan kerajaan yang diwujud, Muhyiddin terima pelantikan Perdana Menteri baharu (Ismail Sabri Yaakob) dengan tenang,” katanya lagi.

Muhyiddin semasa berdepan krisis politik yang juga dicetuskan oleh pemimpin UMNO mempunyai pilihan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum, bagaimanapun mengambil pendirian untuk meletak jawatan dan digantikan dengan Ismail Sabri.

Tujuan mengelakkan sebarang pilihan raya umum adalah bagi menjaga keselamatan dan nyawa rakyat ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara.

Jelas Hadi lagi, langkah PAS menggunakan satu simbol iaitu Perikatan Nasional (PN) adalah bertujuan membawa perubahan terhadap landskap politik negara yang dilihat dimonopoli parti yang ekstrem

Menurut beliau, pembentukan PN adalah bermatlamat untuk menolak parti yang ekstrem danusaha itu dibuat bagi menghalang negara daripada terus dipimpin kumpulan politik yang ekstrem, termasuk di Melaka.

“Kita tubuh PN untuk kumpul parti tidak ekstrem yang boleh bersatu dan bekerjasama, dan kita bertanding di Melaka.

“Jadi PAS, Bersatu dan Gerakan setuju guna atas satu simbol PN bertanding di Melaka bagi menolak parti ekstrem untuk membuat perubahan. Satu perubahan mesti dilakukan, kalau rakyat Melaka nak buat perubahan pilihlah PN,” katanya lagi.

Untuk rekod, keputusan PAS menggunakan satu simbol iaitu PN adalah sesuatu yang diluar jangkaan, namun diketahui umum gabungan tersebut sudah didaftarkan secara rasmi bersama Bersatu, Gerakan dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak.

Kerajaan UMNO di Melaka tumbang susulan tindakan empat ADUN diketuai bekas wakil rakyat UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Idris pada 4 Oktober lalu yang mengumumkan keputusan mereka menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Tiga yang lain ialah Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok