Tindakan keluar parti tak beri kesan besar, Hamzah bidas pentingkan diri

July 23, 2022 · Politik

Selepas spekulasi berkemungkinan terdapat seorang lagi Ahli Parlimen (MP) bakal keluar parti, Setiausaha Agug Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan langkah tersebut hanya mementingkan diri semata-mata.

Terdahulu, media melaporkan berkungkinan MP Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar bakal keluar Bersatu dengan mengikut jejak sama yang dilakukan MP Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebelum ini.

Bagaimanapun, Hamzah berkata tindakan tersebut tidak akan memberi kesan besar kepada parti kerana perjuangan seorang individu tidak penting tetapi yang lebih penting adalah perjuangan dibawa oleh ahli-ahli parti itu sendiri.

“Seorang Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk keluar parti tidak akan memberi kesan besar. Tindakan seperti itu hanyalah berdasarkan kepentingan dirinya sahaja.

“Perjuangan yang dibawa oleh ahli-ahli parti lebih mustahak berbanding kepentingan kehendak seorang individu.

“Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara ini kemudian ” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hamzah bagaimanapun tidak mengulas sama ada sudah menerima surat mengenainya daripada Santhara.

Santhara sebelum dilaporkan keluar Bersatu dan telah menyerahkan surat mengenainya kepada Setiausaha Agung Bersatu.

Sementara itu, mengenai logo baharu Perikatan Nasional (PH), Hamzah berkata, perkara itu telah diserahkan kepada beberapa syarikat untuk menguruskan reka cipta logo yang baharu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat PN tidak lama lagi dan kita telah melantik beberapa syarikat untuk mereka cipta beberapa corak logo tersebut.

“Setelah membuat pemilihan kita akan meluluskannya nanti dalam mesyuarat tersebut,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok