Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim

February 2, 2023 · Politik

PAS menyifatkan langkah kerajaan campuran menggunakan agensi pihak berkuasa untuk membeku akaun parti lawan mempunyai tujuan politik semata-mata, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membekukan akaun parti Bersatu mempunyai niat lain dengan harapan sekurang-kurangnya dapat melemahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Yang disasarkan bukan penyelewengan, penyelewengan Insya-Allah tidak akan berlaku tapi sasarannya sekurang-kurangnya nak demoralize Perikatan Nasional khususnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya semasa ditemui media selepas program pemukiman PN yang diadakan hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, langkah membekukan akaun sesebuah parti akan menyebabkan kesulitan dalam menguruskan pentadbiran parti tersebut dan PAS juga sebelum ini pernah berdepan situasi sama dihadapi Bersatu.

“Kalau akaun dibeku, ia akan menyusahkan parti tersebut dan parti PAS kita pernah alami benda yang sama sebelum ini.

“Strategi untuk PRN datang dan usaha untuk merendahkan PN dari segi integriti dan kestabilan, saya fikir ini asas kepada sokongan rakyat kepada PN, mereka akan usaha supaya integriti itu dapat dirosakkan, tak ada isu pun sebenarnya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menegaskan PAS akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan SPRM berhubung siasatan yang dijalankan agensi tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengesahkan beberapa akaun Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Katanya, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Langkah terbaharu diambil SPRM itu diambil ketika kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sedang terpalit dengan pelbagai kritikan, isu kos sara hidup sehingga ke isu lantikan anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kepada bapanya.

Selain itu, UMNO juga sedang bergelut dengan krisis dalaman parti selepas pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin utamanya baru-baru ini.

Sekiranya PRN diadakan pada masa terdekat, kerajaan campuran PH-BN dijangka berdepan cabaran besar memandangkan banyak persepsi negatif yang terpalit.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok