Timbalan Presiden PKR: Rafizi sudah raih 67,895 undi

May 29, 2022 · Politik

Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semakin hampir menduduki kerusi timbalan presiden yang ditandinginya, namun pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terus memberi cabaran sengit.

Sehingga jam 8.30 malam ini, hanya Sarawak belum lagi mengumumkan keputusan pemilihan PKR 2022.

Berdasarkan undi yang telah dikira di semua negeri kecuali Sarawak, Rafizi kini memperoleh 67,895 untuk meninggalkan pencabarnya.

Keputusan tidak rasmi pemilihan yang dikeluarkan sehingga jam 8.30 malam ini menunjukkan Rafizi memperoleh:

  • Selangor (25,449 undi);
  • Kedah (4,847 undi);
  • Pulau Pinang (2,926 undi);
  • Kelantan (3,107 undi);
  • Melaka (2,427 undi);
  • Johor (3,967 undi);
  • Pahang (1,863 undi);
  • Sabah (6,814 undi);
  • Perak (6,213 undi);
  • Wilayah Persekutuan (2,908);
  • Negeri Sembilan (5,522);
  • Perlis (593); dan
  • Terengganu (1,259).

Sebelum ini, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memaklumkan, seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan 2022 atau sekitar 13.17 peratus dari 1,118,423 ahli yang layak mengundi kali ini.

Ini bermakna, mana-mana calon yang melepasi dahulu jumlah 73,667 undi atau melepasi 50 peratus tanpa ditolak undi rosak atau meragukan, khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden, boleh dianggap menang dalam pemilihan kali ini.

Keputusan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan cabang mula dipaparkan di laman sesawang www.pemilihankeadilan2022.com hari ini.

Rafizi membuat kemunculan semula baru-baru ini setelah bercuti daripada arena politik tanah air mulai 10 Disember 2019. Sejak itu beliau memerhati dari luar kemelut yang dihadapi PKR, khususnya dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil dan negeri.

Karisma dan prinsip beliau untuk membantu rakyat akan mula mengubah lanskap politik di negara ini, menjadikannya calon pilihan untuk berganding membantu Anwar.

Sebelum ini, Rafizi yang menjadi calon pilihan berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan seorang timbalan presiden yang lebih tangkas, kreatif dan agresif berkempen, ketika sebahagian besar daripada pengundi sekarang ini adalah golongan muda.

Beliau menegaskan bahawa Anwar tidak perlu digantikan sebagai presiden sekarang ini, sebaliknya beliau memerlukan ‘orang kanan’ yang layak dan berwibawa untuk menerajui parti.

Berita berkaitan
Pembangkang harus rapatkan saf ketika UMNO kini retak menunggu belah
8 jam lalu· Rencana
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
9 jam lalu· Politik
Pendedahan Tajuddin, apa agaknya janji Anwar kepada anak murid?
23 jam lalu· Politik
Nazri cabar buat pemilihan parti kalau berani, baharu PRU-15
June 28, 2022· Politik
Popular
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
June 29, 2022
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022
Pendedahan Tajuddin, apa agaknya janji Anwar kepada anak murid?
June 28, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
4 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
4 jam lalu · Politik
Kabinet tak pernah bincang PRU-15, fokus bantu rakyat: Menteri agama
10 jam lalu · Politik
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
11 jam lalu · Politik
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok