Timbalan Presiden gesa MT dan MP bersatu demi Zahid jadi PM

August 10, 2021 · Politik

Majlis Tertinggi (MT) dan Ahli Parlimen (MP) UMNO perlu bersatu dan berhenti berbalah bagi mengelakkan kemelut dalaman parti semakin teruk jika mahu memastikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri (PM) baharu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa supaya semua mematuhi ketetapan yang diputuskan semasa Mesyuarat MT pada 3 Ogos lalu yang diumumkan Presiden bagi menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Barisan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyokong penuh ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi yang bersidang pada 3 Ogos,” kata Mohamad yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohamad, Ahli MT dan MP yang dilihat berbeza pendapat perlu setia dan patuh kepada arahan parti kerana Zahid adalah calon PM yang perlu disokong, ia memandangkan secara tradisinya Presiden adalah calon PM bagi UMNO.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menggesa agar hubungan di antara Ahli MT dan MP UMNO mestilah diharmonikan demi kepentingan parti dan negara,” katanya lagi.

Gesaan tersebut dibuat susulan terdapat dua kumpulan dalam UMNO, satu kem bersama Zahid dan satu kem lagi bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan terdapat gerakan daripada agen Zahid yang sedang melobi Zahid diangkat menjadi PM dan beberapa MP PN yang terdiri daripada GPS, PAS dan Bersatu yang sudah dihubungi bagi memujuk untuk menyokong Presiden UMNO itu.

Perkara itu tidak mengejutkan apabila Zahid dalam surat akuan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong bersama-sama beberapa MP UMNO yang sekapal dengannya tidak menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM, ia walaupun terdapat pakatan sulit antara cikgu dengan anak muridnya itu.

Menurut sumber, agen kepada Zahid sudah menghubungi MP daripada GPS, PAS dan Bersatu yang cuba memujuk mereka supaya menyokong beliau, ia memandangkan sudah terdapat 13 MP UMNO yang dikatakan sudah bersama-sama dengannya ketika ini menerusi pendedahan surat akuan yang disiarkan dalam media sosial semalam.

Gerakan menjatuhkan kerajaan PN dilihat semakin giat dijalankan mutakhir ini kerana Zahid bakal berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 24 Ogos nanti.

Pada masa ini UMNO hanya mempunyai 38 kerusi Parlimen. Beliau memerlukan sokongan daripada parti-parti lain dalam PN untuk menubuhkan kerajaan baharu yang akan dipayungi UMNO.

Menurut sumber dalaman UMNO, kem Zahid sedang giat memujuk MP PN untuk menyokong beliau sebagai PM menjelang sidang Parlimen yang akan dibuka pada September ini.

Walau bagaimanapun, perancangan Zahid untuk mendapatkan sokongan majoriti dengan sokongan daripada MP PN dilihat sukar dicapai.

Muhyiddin difahamkan dikatakan bertegas dengan pendirian Bersatu untuk tidak bersekongkol dengan ‘kluster mahkamah’.

Berita berkaitan
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
4 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
5 jam lalu· Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
5 jam lalu· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
50 minit lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
5 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
11 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
11 jam lalu · Politik
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok