TikTok, Facebook bakal digunakan UMNO sebagai senjata berkempen

January 26, 2022 · Politik

Dua platform media sosial, TikTok dan Facebook akan digunakan sebagai senjata untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Langkah tersebut diambil bagi menarik sokongan pengundi muda dianggarkan berjumlah lebih 700,000 yang akan mengambil bahagian pada PRN kali ini, kata Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

“Kita lihat pengundi khususnya pengundi muda cenderung untuk menggunakan Facebook dan Tiktok berbanding medium yang lain. Jadi, Kita akan memberikan tumpuan kempen ke arah itu.

“Penggunaan media sosial sebagai platform berkempen akan digunakan seluas-luasnya bagi menyebabkan bahan-bahan kempen serta penjelasan yang lebih konstruktif dan meyakinkan sampai kepada semua,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Selain itu, Adham juga berkata Penerangan Johor akan menggunakan keseluruhan platform media sosial yang ada untuk menyantuni pengundi khususnya pengundi muda susulan pengenalan Undi-18.

Jelasnya lagi, kesemua 26 bahagian di negeri itu sudah bersiap sedia dari segi penyelarasan selain akan menubuhkan bilik gerakan di setiap bahagian.

Katanya, UMNO Johor juga perlu melihat kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya ia dapat menjadi garis panduan bagi melancarkan jentera parti untuk berkempen.

“Kita berharap SPR memperincikan tentang penggunaan media sosial dari aspek sekatan dan kebebasan menggunakan medium dalam talian itu sepenuhnya.

“Ini kerana pada PRN di Melaka, akaun Tiktok yang dikendalikan Puteri UMNO Johor telah menerima laporan sehingga dibekukan sedangkan kandungan video tersebut tidak berunsur provokatif.

“Jadi, kami mahu SPR serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk jelaskan adakah ini satu kaedah untuk menghalang penyampaian maklumat atau bermotifkan politik,” ujarnya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok